
“Belum dijemput Allah” – Idzham Ismail sedih tak dapat ikut keluarga ke Tanah Suci
Idzham sedih terlepas peluang ke Makkah bersama keluarga.
PELAKON Idzham Ismail meluahkan rasa sedih apabila tidak dapat menyertai rombongan keluarganya mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah.
Idzham, 34, berkata, perancangan untuk ke sana terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir disebabkan pertembungan jadual kerja yang tidak dapat dielakkan.
“Benda dah nak jadi… perancangan pergi umrah bersama keluarga namun tak dapat pergi kerana ada perubahan jadual urusan kerja.
Perancangan Idzham untuk ke Makkah terpaksa dibatalkan.
“Memang rasa sedih apabila hantar keluarga berlepas di lapangan tebang. Iyalah, sepatutnya saya ada bersama mereka di sana sekarang ini,” katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.
Kedua ibu bapa Idzham bersama tiga adik beradiknya yang lain selamat berangkat ke Tanah Suci pada Khamis lalu.
Pelakon itu terdahulu memuat naik gambar bapanya di hadapan Kaabah dengan kapsyen meluahkan perasaan hajat ke sana tidak kesampaian bersama keluarganya.
“Belum rezeki saya lagi. Nak cerita kenapa tak pergi tu boleh buat saya menangis sebab semua sudah bersedia. Tetapi itulah maksudnya Allah belum jemput lagi.
“Sekarang ini saya kuatkan diri sahaja supaya orang sekeliling tidak nampak apa yang saya rasa,” ujarnya.
Belum rezeki saya lagi. Nak cerita kenapa tak pergi tu boleh buat saya menangis sebab semua sudah bersedia
IDZHAM ISMAIL
PELAKON
Sementara itu kata Idzham, isterinya iaitu Siti Nur Abilah Shamsudin serta anak sulungnya turut tidak ke Makkah kerana mahu menemaninya di sini.
Kata Idzham, dia sekeluarga sudah merancang untuk mengerjakan umrah sebelum sambutan Aidilfitri tahun hadapan.
Idzham mahu bawa isteri dan anak-anak ke Tanah Suci tahun hadapan.
“Isteri dan anak sulung kami juga sepatutnya pergi sama tetapi mereka ambil keputusan untuk tidak ikut serta kerana ingin menemani saya di sini.
“Insya Allah jika dipermudahkan segala urusan, kami rancang nak ke sana sebelum hari raya tahun depan,” jelasnya.
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Be the first to comment