
“Dia Sudah Ditahan Polis..”- Akhirnya Ini Jawapan Ziana Zain, Org Sanggup Lakukan Ini Terhadapnya
Kuala Lumpur: Penyanyi popular, Ziana Zain enggan memberi sebarang komen berhubung namanya yang turut dimuatkan dalam poster sebuah konsert yang didakwa tidak wujud dan dilalukan oleh seorang wanita.
Ziana, 54, dihubungi berkata, dia tidak mahu komen buat masa sekarang. Malah, difahamkan juga wanita yang bertindak mempromosikan poster konsert itu kini sudah diberkas oleh pihak polis.”Buat masa sekarang ini saya tak nak komen dulu, tengok dulu macam mana benda ini berjalan. Terima kasih ya,” katanya dalam kiriman mesej menerusi WhatsApp kepada Harian Metro.
Terdahulu, media melaporkan tindakan seorang wanita mempromosikan poster konsert Awie dan beberapa artis terkenal lain yang tidak wujud menerusi media sosial mengundang padah apabila dia ditahan pihak polis.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu daripada Datuk Awie, 53, pada Selasa lalu.
Katanya, Awie sebelum itu dimaklumkan perkara itu oleh rakan artis ketika berada di rumahnya di Bukit Antarabangsa, di sini, mengenai hantaran di Facebook mempromosikan konsert yang dijangka berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah pada 4 Februari 2023.
“Suspek dikatakan menawarkan jualan tiket konsert berkenaan berharga antara RM199 sehingga RM649 setiap satu.”Bagaimanapun, pengadu (Awie) menafikan ada ditawarkan atau menandatangani sebarang kontrak untuk menyertai konsert terbabit,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan.Selain Awie, poster itu juga menampilkan beberapa artis lain yang dikatakan membuat persembahan termasuk Ahmad Dhani, Ziana Zain, Ella dan Erra Fazira.
EMPAT tahun memegang status ibu tunggal, penyanyi Ziana Zain berkata dia sama sekali tidak melarang anak-anak meneruskan hubungan baik dengan bapa kandung mereka iaitu Armin Zaharin.Menurut Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 54, dia mahu anak-anaknya hidup dalam keberkatan dan tidak menjadi anak derhaka.
“Saya tidak akan pisahkan anak-anak dengan bapa dia orang. Saya cakap dengan anak-anak saya nak hidup mereka ada keberkatan dari ayah dan juga ibu. “Saya tak nak anak-anak saya derhaka kepada ayah dia dan juga saya,” katanya.Penyanyi lagu Madah Berhelah ini berkata demikian ketika di temu bual dalam rancangan Next To Neelofa musim kedua di Astro Ria pada Sabtu.
Dalam rakaman itu, Ziana Zain juga dilihat sebak dan menitiskan air mata berkongsi kisah perjalanan hidupnya itu. Dalam pada itu, Ziana juga memberitahu dia sudah meninggalkan pesanan kepada anak-anaknya agar menjaga bapa mereka itu apabila sudah tua kelak.Malah, dia sama sekali tidak memarahi jika mereka mengambil tanggungjawab itu.
“Sekiranya tiada siapa pun jaga ayah apabila dah tua, saya pesan agar mereka ambil dan jaga ayah. Saya tidak akan marah, itu tugas mereka,” katanya lagi.Untuk rekod, Armin Zaharin didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor atas tuduhan mencederakan anak lelakinya pada Mei 2018.Perkahwinan yang dibina selama 20 tahun itu berakhir apabila Armin melafazkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 12 Julai 2018. Sumber” Metro dan mstar
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Be the first to comment