
Tinggalkan ibu sedang tenat sendirian di rumah demi pakwe, punca lelaki amuk?
Sejak semalam, tular sebuah video memaparkan seorang perempuan ditendang dan ditampar beberapa kali sebelum dilibas selipar oleh seorang remaja lelaki sehingga mencetuskan kemarahan ramai.
Ramai berang termasuk selebriti!
Menerusi video tersebut, remaja lelaki berkenaan dilihat menampar muka perempuan terbabit beberapa kali sehingga tertolak ke dinding. Mlaah, dia kemudiannya bertindak menyerang mangsa lagi dengan menendangnya sebelum bertindak menampar mangsa dengan selipar berkali-kali.
Perempuan terbabit dilihat menangis dan mengerang kesakitan dengan memegang kepalanya di tepi dinding. Perbuatan tersebut sememangnya mengundang amarah ramai termasuklah selebriti tempatan.
View this post on Instagram
Malah, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah meminta kerjasama dari semua pihak untuk tampil memberikan maklumat mengenai kejadian bagi memudahkan pihak polis menjalankan siasatan.
Sehingga kini, pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat atau laporan mengenai kejadian itu sama ada ia benar-benar berlaku di Kota Kinabalu seperti didakwa ramai atau sebaliknya.
Sementara itu, terdapat juga beberapa individu tampil menjelaskan kejadian sebenar berlaku disebabkan perempuan berkenaan meninggalkan ibunya yang sedang tenat di rumah sendirian semata-mata mahu berjumpa dengan kekasih hatinya.
Disebabkan itulah, si abang bertindak sedemikian. Sekiranya benar, adalah tidak patut lelaki berkenaan memperlakukan sebegitu kepada adik perempuannya kerana terdapat banyak lagi cara untuk menegur kesalahan tersebut.
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Be the first to comment