Kembali Bahagia, Rizky Billar & Lesti Kejora Bakal Timang Anak Kedua?

Kembali Bahagia, Rizky Billar & Lesti Kejora Bakal Timang Anak Kedua?

Nama pasangan selebriti tersohor Indonesia, Rizky Billar dan Lesti Kejora rasanya tidak perlu diperkenalkan pada umum. Ia berikutan konflik rumah tangga mereka pernah kecoh dia media sosial.

Bagaimanapun, mereka kembali berdamai dan dikhabar hubungan pasangan merpati dua sejoli itu semakin baik selepas Rizky keluar dari tahanan polis.

Menerusi laporan Detik Hot, peguam Lesti iaitu Sandy Arifin memberitahu segala masalah berlaku antara penyanyi dangdut itu bersama suaminya telah selesai. Hubungan komunikasi antara mereka berdua juga semakin baik.

“Dua hari sekali saya akan bertanya kepada Lesti. Dia mengatakan komunikasi mereka baik, ditanya soal kesihatan, semuanya sihat,”ujar Sandy

Sementara itu, pembantu peribadi penyanyi berusia 23 tahun, Boril menjawab spekulasi mengatakan penyanyi Lesti kini hamil anak kedua.

“Saya tak tahu. Doakan saja. Kalau benar, kan bagus. Banyak anak, lagi bertambah rezeki,”ujar Boril.

Menurut sumber, Lesti juga dilihat menemani Rizky bermain bola sepak. Mereka juga dilihat bersama dan sememangnya kini sedang fokus untuk memperbaiki hubungan demi anak.

“Sekarang kan kalian lihat mereka berdua. Satu sama lain, masing-masing sibuk memperbaiki hubungan sesama suami isteri,”jelas Boril.

Disoal mengenai status Leslar Entertainment yang diusahakan oleh pasangan itu, Boril mengatakan mereka mengambil keputusan untuk berehat sebentar. Tambah Boril, Lesti dan Rizky juga masih belum kembali aktif di kaca televisyen kerana mahu memberi ruang memperbaiki hubungan.

Terdahulu, Rizky Billar, 27, menepis khabar angin mendakwa isterinya kini hamil anak kedua memandangkan anak sulungnya, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar masih kecil.

“Baby L (panggilan anaknya) juga masih kecil dan memerlukan perhatian kami berdua. Jadi, saya rasa sekarang bukan masa yang sesuai untuk kami ingin menambah anak,” katanya menerusi temubual di YouTube pada bulan September lalu.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*