Tunjuk manja dengan suami sendiri, Mas Idayu dikecam ‘try hard’

Tunjuk manja dengan suami sendiri, Mas Idayu dikecam ‘try hard’

Penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu Mesnun, 50 kerap menjadi sorotan ramai sejak dia mendirikan rumah tangga dengan Penerbit Eksekutif TV3, Sufian Isa,51.

Ruangan Instagramnya turut menjadi perhatian netizen yang kadang kala tidak senang dengan perkongsian selebriti tersebut berkenaan rumah tangganya.

‘Berdrama’ konon rakan kacau suami
Memetik laporan dari Kosmo! difahamkan ramai yang kurang senang dengan telatah Mas Idayu dalam satu video baru-baru ini ketika menggayakan pakaian bertemakan Bollywood.

Video yang dikongsikan itu memperlihatkan Mas Idayu ‘berdrama’ seperti suaminya dikacau oleh rakan-rakannya. Selepas adegan tarik menarik lengan, penyanyi dangdut itu dilihat memeluk segera suaminya seakan enggan melepaskan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Masidayu Mesnun (@masidayu1001)

Kena kecam netizen pulak
Video ‘drama’ tersebut dilihat sudah tiada di ruangan media sosial Mas Idayu atau mesra disapa mummy memandangkan kecaman hebat telah diterima dari netizen yang meluat dengan tingkah lakukanya.

Sumber juga mengatakan yang kebanyakan netizen merasakan selebriti itu seakan menunjuk-nunjuk kebahagiaan selain terlampau mencuba untuk bermanja.

Rasanya perkara tersebut tidak menjadi isu memandangkan mummy pun masih lagi dalam mood pengantin baru kerana mendirikan rumah tangga pada 16 September lalu.

Mungkin komen-komen yang ditinggalkan di media sosial itu tidak senang dengan kebahagiaan penyanyi dangdut itu yang sangat mesra dengan suami serta boleh bergurau senda dengan rakan-rakan.

SumberKomso!

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*