
Gelagat Hayder Merengek Nak ‘Gift Lion’ Raih Perhatian Ramai
Anak selebriti Eyra Hazali dan suaminya yang juga merupakan pemain bola, Muhammad Haziq iaitu Muhammad Hayder Qhalish sering menjadi tumpuan ramai.
Mana tidaknya, Hayder terkenal dengan kecomelan serta telatahnya yang mencuit hati sehinggakan ramai yang sanggup menanti perkembangan anak sulung Eyra itu.
Bagaimanapun, baru-baru ini, menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @waaa di laman TikToknya, kelihatan keluarga kecil itu sedang membuat siaran langsung di aplikasi tersebut.
Dalam video itu, ramai yang memberi hadiah pelbagai bentuk dan seorang pengguna yang dikenali sebagai Tok Mat telah memberi hadiah ‘lion’ telah berjaya meraih perhatian Hayder.
Bagaimanapun, tertarik dengan hadiah lion yang diterimanya, Hayder telah merengek kerana tidak berpuas hati dan disebabkan itu, Tok Mat telah memberikannya sekali lagi sehingga senyuman anak kecil tersebut terukir.
Susulan itu, Eyra meminta agar Tok Mat berhenti memberikan hadiah tersebut memandangkan harganya sangat mahal dan tidak perlu menunaikan permintaan Hayder.
Mesti Tok Mat suka Hayder kan!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa keterujaan mereka apabila melihat Tok Mat begitu mudah memberikan hadiah ‘lion’ kepada anak selebriti itu.
Comel je Hayder merengek, dia tak tahu lion tu mahal
Malah, mereka juga terhibur apabila melihat gelagat Hayder yang tidak mengetahui hadiah lion tersebut adalah mahal dan kalau dapat seekor sahaja sudah mencukupi.
Sumber: TikTok @waaa
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Be the first to comment