“Alhamdulilah kami dah grad!”- Najwa Latif sah menjadi isteri Akwa Arifin

“Alhamdulilah kami dah grad!”- Najwa Latif sah menjadi isteri Akwa Arifin

Selebriti dan penyanyi Najwa Latif mendedahkan dia telah sah menjadi isteri kepada ahli muzik, Akwa Arifin dan menamatkan zaman bujangnya pada usia 27 tahun.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif menerusi laman Instagramnya hari ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by OfficialNajwaLatif (@njwalatif)

“Alhamdulilah, kami dah grad!” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.
Serius lah dah kahwin?
Susulan itu, rata-rata netizen terutamanya peminat meluahkan rasa terkejut apabila penyanyi itu sudah mendirikan rumah tangga memandangkan tiada khabar angin sebelum ini.

Tahniah Najwa dan pasangan!
Bagaimanapun, meskipun ramai yang seakan tidak percaya selebriti tersebut telah membina mahligai bersama pasangan pilihannya, netizen tidak henti menitipkan ucapan tahniah buat pasangan tersebut.

Malah, mereka turut mendoakan agar masjid yang telah terbina kekal hingga ke jannah dan mendoakan agar pasangan itu bahagia buat selamanya.

Sekadar info, Najwa dan Akwa pernah bernyanyi bersama dalam sebuah lagu yang berjudul Tak Kisah Pun.

Sumber: Instagram @Njwalatif

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*