Tahap Kesihatan Semakin Merosot, Rakan Artis Veteran Ziarah Roslan Salleh

Tahap Kesihatan Semakin Merosot, Rakan Artis Veteran Ziarah Roslan Salleh

Sejak Oktober lalu, kesihatan pelakon veteran tanah air iaitu Roslan Salleh atau lebih dikenali sebagai Pak Lan dilaporkan semakin merosot malah pergerakannya semakin terbatas.

Bukan itu saja, Pak Lan juga kini tidak dapat lagi melihat selepas saraf matanya dimatikan oleh doktor atas faktor kesihatan.

Baru-baru ini, satu klip TikTok mencuri perhatian netizen selepas ramai rakan artis veteran yang lain meluangkan masa bersama-sama untuk menziarahi Pak Lan di rumahnya di Masjid Tanah, Melaka.

Antara selebriti yang berada di sana adalah Fauziah Nawawi dan juga Liza Abdullah.

Pertemuan mereka mendapat pujian peminat kerana barisan pelakon-pelakon yang disegani itu sudi untuk meluangkan masa menziarahi dan melihat sendiri perkembangan dari Pak Lan.

Malah, ada yang mengatakan bahawa Pak Lan beruntung kerana mempunyai rakan artis yang begitu prihatin terhadap dirinya walaupun sudah lama tidak mendengar khabar berita dalam dunia seni. Di bahagian komen juga, ramai yang mendoakan agar Pak Lan diberikan kesembuhan agar dapat kembali sihat.

SumberTikTok

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*