
Akhrnya, PuteriSarah Rasa Gmbira. Ini KeadaanTrkini Dia Dngan SyamsulYusuf Buat Rmai Mnd0akan
Kuala Lumpur – Pelakon Puteri Sarah Liyana, 37, memaklumkan M.ahkamah Sesyen Kuala Lumpur sudah menetapkan tarikh perbicaraan k.es s.aman terhadap wanita yang did.akwa mengganggu rumah tangganya bersama pengarah, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar, tahun hadapan.
Ia sekali gus menjawab persoalan selepas bapa Ira iaitu Kazar atau Kazaruddin Saisi memberi kenyataan berharap mereka dapat berdamai.
Puteri Sarah berkata, dia tidak akan menarik balik d.akwaan dan tetap mahu kes itu diselesaikan mengikut landasan u.ndang-u.ndang.
Apa yang pasti, saya tidak akan menarik balik d.akwaan dan meneruskan sehingga perbicaraan. Memang proses agak lambat sebab mahkamah sibuk, tetapi saya sudah dapat tarikh perbicaraan pada 25, 28 dan 29 Ogos, tahun depan.
Walaupun perbicaraan tahun hadapan, p.erintah injuksi interim tetap berjalan. Sesiapa mela.nggar perintah, tetap akan kena d.akwa.
“Alhamdulillah, saya rasa dilindungi. Saya bersyukur negara ada u.ndang-u.ndang sebab kalau tidak, mungkin saya berterusan dila.nyak. Biarpun perbicaraan lambat lagi, saya okay dan boleh terus kehidupan seperti biasa sebab tak bers.alah,” katanya.
Pelakon drama Suri Hati itu kelihatan gembira berkongsi perkara berkenaan berkata, dia kini lebih tenang dan fokus kepada kerjaya serta ibu kepada dua cahaya mata.
Jika dua tahun lalu, saya sentiasa sibukkan diri agar tidak berfikir mengenai m.asalah. Tetapi, sekarang saya sudah semakin matang dan bersyukur dengan rezeki melimpah-ruah.
Saya tak mahu tolak jobkerana lakonan adalah jiwa saya. Pada masa sama, ada banyak juga tawaran ulasan produk. Apabila saya tidak bekerja, saya akan meluangkan masa dengan anak. Itu adalah kebahagiaan saya sekarang.
“Jika orang bertanya adakah kebahagiaan berkaitan dengan suami, itu kita tengok macam mana nanti. Tetapi, buat masa ini, saya gembira dengan kehidupan saya,” katanya.
Mengulas hubungan dengan Syamsul, Puteri Sarah enggan mengulas lanjut.
Bagaimanapun, Puteri Sarah mengakui, suaminya ada bertemu dengan anak dan menjalankan tanggungjawab sebagai bapa.
Dia masih berjumpa anak, menelefon dan membuat panggilan video bersama anak. Syamsul masih menjalankan tanggungjawabnya dengan memberi nafkah.
Saya pula macam biasa, sibuk dengan kerjaya saya. Bila tiada dengan anak, Syamsul ambil giliran bersama mereka. Saya gembira Syamsul selalu meluangkan masa dengan mereka.
Setiap minggu, saya pergi ke rumah ibu bapa mentua, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail sebab h.ubungan saya dengan mereka tetap baik dan mereka selalu rindu cucunya.
“Jadi, Syamsul akan datang berjumpa dengan anak apabila saya datang ke rumah keluarganya,” katanya.
Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.
Kredit : BH/IG
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Be the first to comment