
“Sepanjang Perkenalan saya selalu..”- Hazama Bongkar Sifat Arwh Syazlin Yang Ramai Tak Tahu
“Semalaman saya tak dapat lelapkan mata kerana terbayangkan arwah. Teringat ketika kami menjalani penggambaran bersama,” kata penyanyi dan pelakon Hazama mengenai berita pemergian pelakon, Syazlin Zainal yang maut selepas terjatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri di Johor Bahru, semalam.
Hazama dan Syazlin pernah berlakon bersama dalam drama berjudul Potong arahan Datuk Jurey Latiff pada 2020.
Menurut Hazama, sepanjang tempoh dua bulan menjalani penggambaran drama itu, Syazlin yang mesra dengan panggilan Alin kerap tampil dengan senyuman.
“Kami sama-sama berasal dari Keramat, Kuala Lumpur dan tidak sangka dia juga bersekolah di sekolah yang sama dengan saya. Jadi sebagai abang, “Sepanjang Perkenalan saya selalu menjaganya..
“Dia juga sering meminta nasihat dan ilmu memandangkan saya lebih dulu berkecimpung dalam bidang seni. Kami sering berborak di lokasi dan isteri saya juga turut terkejut apabila dimaklumkan berita ini.
“Tidak sangka dia pergi pada usia yang sangat muda dan dalam keadaan mengejut. Bukan pergi kerana sakit, jadi impaknya lebih terasa. Salam takziah saya ucapkan kepada keluarga arwah,” katanya yang dimaklumkan mengenai berita sedih itu oleh rakan selebriti, Nadia Brian.
Perwatakan ceria ditunjukkan pelakon dan pempengaruh, Syazlin Zainal di media sosial selama ini termasuk beberapa hari lalu membuatkan seluruh ahli keluarganya terkejut dan tidak menyangka anak bongsu daripada lima beradik itu pergi buat selama-lamanya, semalam.
Menurut abang keduanya, Reza Zachary Zainal, 33, kali terakhir keluarga bertemu Syazlin kira-kira dua minggu lalu, malah dua hari lalu adiknya itu ada memberi ucapan hari lahir buat abang sulung mereka.
“Dia seorang periang dan memandangkan semua abang dia sudah kahwin, jadi dialah yang banyak uruskan majlis-majlis keluarga.
“Dia seorang yang penyayang dan suka main dengan anak-anak buah, buat video dengan anak-anak buah dia seperti yang dia kongsi di media sosial.
“Kami sedihlah, kira-kira dua minggu lalu ada jumpa dia. Dua hari lalu dia ucap selamat hari lahir pada abang sulung. Selalunya keluarga memang akan sambut hari lahir dia dan abang serentak,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, hari ini.
Reza berkata, Syazlin akan menyambut ulang tahun kelahiran pada 14 November ini.
Katanya, mereka sekeluarga menetap di Kuala Lumpur, namun Syazlin berada di daerah ini kerana menjalankan penggambaran.
Dia berkata, jenazah Allahyarham Syazlin dibawa pulang ke Kuala Lumpur untuk dikebumikan, selepas selesai proses bedah siasat.
“InsyaAllah kita bawa pulang jenazah ke Kuala Lumpur sebab kita tiada saudara mara di sini (Johor),” katanya.
Menurut Reza, Syazlin atau nama sebenarnya Syazlin Suhaizan meminati bidang seni sejak di bangku sekolah dan menceburi bidang peragaan dan iklan sebelum bergelar pelakon.
Reza turut memohon orang ramai yang mengenali Syazlin mendoakan Allahyarham supaya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Allahyarham Syazlin pernah membintangi beberapa drama tempatan antaranya Sitik Tok, Dia Yang Ku Jadikan Suami, Takdir Yang Tertunda dan Ada Yang Ngikut.
Allahyarham adalah anak bongsu daripada lima beradik dan anak perempuan tunggal dalam keluarganya.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat melaporkan seorang wanita berusia 26 tahun yang juga seorang pelakon sambilan ditemui meninggal dunia selepas dipercayai jatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri di Taman Iskandar di sini, jam 12.50 tengah hari semalam.
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Be the first to comment