“Jgn berdebat dengan orang b0d*h, Org kafir buat nak ikut sgt”… Ustazah Afifah Gesa supaya jangan …

“Jgn berdebat dengan orang b0d*h, Org kafir buat nak ikut sgt”… Afifah Gesa supaya jangan …

Baru Lumpur: “Ramai salah faham dengan kenyataan saya sebab hanya menonton video pendek yang sudah disunting hingga menjadi tular.”

Demikian kata pendakwah bebas, Ustazah Siti Afifah Shahbudin susulan dua kenyataan mengenai suami yang membiarkan isteri bersalin disambut doktor lelaki sebagai dayus dan bersalaman dengan artis boleh hilangkan roh atau jiwa.

Menurutnya, dia tidak marah malah sudah memaafkan mereka yang mengkritik dan mengecam dirinya.

“Suami saya bukan biasa-biasa. Begitu juga bapa dan datuk saya. Mereka semua orang beragama. Mungkin kerana darah yang mengalir itu membuatkan saya nak saya tahu lebih mendalam mengenal agama Islam.

“Saya mudah, tak perlu marah kepada orang awam, kerana saya anggap mereka tak tahu tapi mereka pasti akan faham apa saya saya perjuangkan ini suatu hari nanti. Saya maafkan mereka. Moga Allah ampuni dan ketuk pintu hati mereka. Manusia ada akal. Biar Allah bukakan pintu hati mereka,” katanya.

Menurutnya, tindakan berkongsi perkara itu pada sesi siaran langsung di TikTok bukan bertujuan mencipta nama dan mengejar glamor.

“Saya bukan kejar duit dan glamor. Ini tanggungjawab saya untuk bersuara buat wanita yang tidak mampu. Berapa ramai wanita yang trauma melalui situasi memalukan begitu ketika bersalin?

“Saya bukan nak bisnes dengan menggunakan agama. Ini memang cara saya dalam berdakwah. Saya cuma takut pada Allah sebab saya ada anak, cucu, cicit dan keturunan. Biarlah manusia kutuk kita, sebab itu tanda Allah sayang dan dekat dengan kita,” katanya.

Bagaimanapun, dia berkata, masih ramai yang membela dirinya dengan menghantar mesej kata-kata

“Alhamdulillah, ramai sangat yang ‘backup’ saya dengan mesej saya secara peribadi. Sampai ada yang menangis fikirkan keadaan saya.

“Malah, ramai wanita menyokong apa saya cakap. Ada juga yang minta maaf sebab pada mulanya marah tengok video itu, tapi selepas tengok versi penuh barulah faham. Saya pun minta maaf juga sebab ada ketika penyampaian saya itu garang,” katanya.

Menjelaskan isu itu, beliau menyeru orang ramai supaya membaca kenyataan yang sudah dikongsikan Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad berkenaan hukum terhadap perkara itu.

“Apa yang dinyatakan Mufti Negeri Sembilan jelas. Dia tunjuk panduan jelas kepada orang awam berkenaan perkara ini dan apa hukumnya. Jadi, tidak ada siapa yang takkan faham,” katanya

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*