“Pergi membawa hati yang kosong.. ” Netizen Musykil, Kenapa Bonda Rozita Pergi Umrah Tanpa Suami?Rupanya Ini berlaku..

“Pergi membawa hati yang kosong.. ” Netizen Musykil, Kenapa Bonda Rozita Pergi Umrah Tanpa Suami?Rupanya Ini berlaku..

Ibukepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, Rozita Ibrahim atau lebih sinonim dengan panggilan Bonda Rozita mengumumkan kepergiannya ke Mekah bagi mengerjakan umrah.

Menerusi kapsyen pada gambar yang dimuat naik di Instagram, Bonda Rozita mendedahkan yang dia berangkat ke tanah suci ditemani oleh sahabat seperjuangan dan kakitangan yang sentiasa bersamanya sejak 2000.

“Membawa hati yang kosong, untuk Allah dan kepada Allah, bertemankan sahabat seperjuangan, staf-staf yang bersama Bonda susah senang lalui suka duka saya sepanjang 2000 sampai tahun ni.
“Musafir umrah, Ain sangat tinggi. Doakan anak-anak saya lelaki dan perempuan menjadi hamba Allah yang taat pada Allah dan Rasul, baik adab dan agamanya,” tulis Bonda Rozita.

Menerusi ruangan komen, ramai antara pengikut mendoakan keberangkatan Bonda Rozita ke tanah suci dipermudahkan oleh Allah SWT dan mendapat umrah yang mabrur ketika berada di sana.
Namun, tidak kurang ada yang musykil dengan ketiadaan suami Bonda Rozita menerusi gambar-gambar yang dimuat naik oleh wanita itu di Instagram.

“Mana suami? Tak ikut ke lama dah tak nampak.”
“Mohon maaf terlebih dahulu… bukan nak kepoh… Apasal Bonda cakap bawak hati yang kosong? Pastu gi mana-mana sorang-sorang jer. Abang Haji nya mana? Lama tak nampak.”

“Ayat Bonda membawa hati yang kosong mengundang ramai bertanya di mana daddy.”
Begitupun, masih tiada sebarang respons daripada Bonda Rozita.
Terdahulu, nama Bonda Rozita menjadi bualan apabila dia tampil semakin kurus menerusi gambar-gambar yang dikongsikan di Instagram.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*