“Menari keluar masuk di tengah pentas” Elly Mazlein kcau Gegar Vganza sampai pihak astro masuk campur, ini jawapan mereka

“Menari keluar masuk di tengah pentas” Elly Mazlein kcau Gegar Vganza sampai pihak astro masuk campur, ini jawapan mereka

Pelakon dan hos, Elly Mazlein berkongsi kapsyen lucu di Instagram sebelum saingan minggu ketiga program Gegar V.aganza GV9 berlangsung, Ahad malam.

Menurut Elly yang mesra disapa Kak Lina, dia teruja apabila minggu ini terdapat banyak lagu genre d.angdut yang dinyanyikab para bintang yang bertanding.

Adoi malam ni kak Lina ada banyak lagu show. Lagu dangdut banyak dik. Siap semua lagu Kepom t.apau ikat tepi gantung kat dinding la dik

“Tak kan lah nak tengok saja bila dia orang menari, sabar jap. Sikit je lagi nak pulul 9pm ni. Chu oll dah bersedia ini malam?,” tulisnya.

“Maybe kak lina pom pom boleh kurangkan in.terrupt masa juri bagi komen ok KLPP. It’s ok kak lina i will always love you ok,” kata seorang wargamaya.

“Tak tahu kenapa tapi kak lina kena slowdown sikitlah. Tenaga dia bagus tapi kadang a.nnoying,” ujar seorang wargamaya.

“Kak Lina, so far kita semua enjoy dengan energy dan gaya Kak Lina tapi harap jangan c.ross that fine line lah yang boleh membuatkan dari suka jadi m.eluat. Just saying,” tulis seorang wargamaya.

Dalam pada itu, pihak saluran Astro Ria turut memaklumkan apa yang dilakukan oleh Kak Lina selaku pengacara adalah secara s.pontan dan tidak dikawal.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari, pihaknya akan mengambil kira dan mendengar setiap luahan daripada penonton.

Apa yang berlaku malam ni sebenarnya tidak dirancang. Ia s.pontan dan Kak Lina pun bawa tenaga konsert malam ni. Ada part dia menari keluar masuk tu co.mpletely tiada kawalan.

Kami ambil maklum setiap komen daripada penonton. Apa-apa pun ini adalah pertandingan dan kami akan pastikan ia tidak mengganggu peserta-peserta GV9.

Saya tahu ramai orang ada pendapat masing-masing dan kami juga akan beri nasihat pada Kak Lina juga. Harapnya minggu depan dengan tema kerohanian, semuanya lebih terkawal.

“Tapi dari pihak saluran sendiri, kami mahu seimbangkan antara nilai hiburan dan tidak mahu menjejaskan persembahan sesiapa,” jelasnya.

Juara GV9 akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 100, 000, naib juara pula akan meraih RM 50,000, tempat ketiga akan menerima RM 30,000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM 20,000, RM 15,000 dan RM 10,000.

Penerbitan GV9 turut disokong oleh FarmFresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi.

Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama. Sidang media GV9 turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur.

Selain itu, penganjuran GV9 juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.

GV9 berlangsung selama 10 minggu, secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 18 September, setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria saluran 104.

Sumber : Astro / MH

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*