Pernah Bercinta Dgn 3 Pelakon Kacak, Artis Ini Pilih Nikah Sepupu DSAI, Kini Umie Aida Bergelar Datin Sri

Pernah Bercinta Dgn 3 Pelakon Kacak, Artis Ini Pilih Nikah Sepupu DSAI, Kini Umie Aida Bergelar Datin Sri

Pelakon Datin Seri Umie Aida menerima dengan terbuka apabila dikecam netizen yang mempersoalkan maruah dan aurat suara perempuan gara-gara memuat naik video memaparkan beberapa artis wanita mengalunkan selawat di hadapan umum.Video tersebut memaparkan Umie bersama Zizi Kirana dan pendakwah terkenal, Ustazah Asni Mansor mengalunkan selawat di atas pentas semasa Festival Sunnah yang berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah pada Sabtu lalu.

Umie atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali, 49, bagaimanapun meminta netizen untuk berhati-hati dalam percakapan. “Saya terima teguran dengan hati terbuka tetapi tiada lelaki sepanjang majlis berlangsung baik di dalam mahupun di luar stadium.“Antara lirik qasidah adalah puji-pujian kepada Allah, kisah-kisah Rasulullah dan berselawat. Bukannya satu nyanyian kosong.

“Sebarkan kebaikan sangat luas caranya dan berfasa-fasa untuk mencapai peringkat yang sempurna di mata manusia,” ulas pelakon filem Dukun itu.Adik kepada Erma Fatima itu pada masa sama turut meminta netizen menyokong kegiatan penghijrahannya memandangkan masih banyak yang perlu dipelajari daripada individu lebih arif mengenai hal ilmu agama.

“Artis seperti saya yang baru berhijrah banyak kelemahan seperti bayi yang baru belajar merangkak. “Kecaman anda boleh membuatkan orang baru berhijrah seperti saya akan menjadi takut untuk mendekati insan-insan ‘masturat’ seperti anda. “Semoga kita sentiasa dalam rahmat-Nya dan redha Allah. Saya mohon maaf atas kata-kata saya dan semoga kita bersama-sama berpegangan tangan dalam satu tujuan ke jalan-Nya dengan menyebarkan kasih sayang,” tambahnya.

Umie merupakan selebriti wanita yang dilihat semakin aktif melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti keagamaan.

Ramai kenal saya, sebab saya suami Umie Aida -Khairuddin
Ramai dalam kalangan pengundi di Parlimen Titiwangsa mengenali calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan sebagai suami kepada pelakon terkenal, Umie Aida. Beliau menyifatkan ia adalah melucukan namun, menjadi petanda baik untuk merampas kerusi Parlimen itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini.

“Ada juga yang bertanya mengenai pengalaman hidup di penjara ketika ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Apa yang melucukan saya apabila ramai daripada pengundi mengenali saya suami kepada pelakon Umie Aida. Bagi saya, ini petanda baik ke arah mencapai kemenangan serta merampas kerusi Titiwangsa untuk Pejuang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Parlimen Titiwangsa menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan calon daripada empat gabungan utama iaitu Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Gerakan Tanah Air (GTA).

Selain Khairuddin, tiga yang lain adalah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani (BN); Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad (PH) dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr. Rosni Adam (PN).

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*