“Didakwa Cuba Menghasut Orang, Polis Siasat Pelakon Zul Huzaimy Gara2 Lakukan Hal Ini

“Didakwa Cuba Menghasut Orang, Polis Siasat Pelakon Zul Huzaimy Gara2 Lakukan Hal Ini

Kuala Lumpur: Polis membuka kertas siasatan ke atas pelakon, Zul Huzaimy susulan dakwaan kenyataan kontroversi berbaur perkauman. Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Saaduddin, berkata PDRM mengesahkan menerima laporan berhubung video oleh Zul Huzaimy.

Menurutnya, siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman. “Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 506, Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu tular rakaman video ceramah pelakon itu di atas pentas dikaitkan dengan Pas, mengandungi kenyataan kontroversi berbaur perkauman.Kenyataan sensitif pelakon itu dikatakan dirakam pada satu program di Kemaman, Terengganu, pada 4 November lalu.

Zul Huzaimy kemudian menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, memohon maaf atas ucapan itu yang didakwanya disalah anggap. Menurutnya, video tular itu perlu ditonton secara penuh bagi memahami maksud yang sebenar.

Dengar dahulu ucapan penuh – Zul Huzaimy
Pelakon dan pengarah, Zul Huzaimy memohon maaf rakyat Malaysia atas kontroversi ucapannya yang antara lain menyebut mahu menyembelih orang bukan Islam hingga tular, baru-baru ini. Zul Huzaimy mendakwa isu timbul apabila sedutan ucapannya disensasikan sebagai sesuatu yang berunsur kebencian. “Saya mohon maaf kepada semua rakyat Malaysia yang mungkin salah anggap mengenai apa yang sudah saya ucapkan dalam klip yang disunting oleh seseorang.

“Klip itu mengatakan saya terlalu ekstrem hingga mahu menyembelih orang bukan Muslim di Malaysia… Itu adalah salah. “Anda perlu dengar ucapan saya secara penuh. Saya kata, kita harus jaga saudara-saudara bukan Islam kerana menyokong pemerintahan negara kita sebagai negara Islam. “Saya kata wajib untuk seorang pemimpin beragama Islam menjaga mereka (orang bukan Islam),” katanya melalui video dimuat naik di Instagram (IG), hari ini.

Mengenai perkara kedua yang menyentuh soal kafir harbi, Zul menjelaskan, mereka dianggap musuh Islam yang nyata. “Maksud saya adalah orang bukan Islam yang membenci Islam, sukakan perkauman dan buat hal seperti tidak gemarkan laungan azan yang terlalu kuat.

“Jadi, apa yang saya maksudkan adalah segelintir orang bukan Muslim ini,” katanya. Video tular itu dipercayai dirakam ketika pelakon filem Daddyku Gangster itu menyampaikan ceramah di Kemaman, Terengganu pada 4 November lalu. Tidak mahu rakaman video itu menimbulkan polemik, Zul menafikan dirinya adalah umat Islam yang terlalu ekstrem dan sukakan pergaduhan.

Justeru, Zul berharap penjelasannya itu dapat mendamaikan semula keadaan. “Saya bukanlah terlalu ekstrem atau suka bergaduh dengan orang bukan Islam. Saya bersahabat dengan kaum India, Sikh, Cina dan sebagainya. “Sedangkan arwah ibu saudara saya kaum Cina dan beragama Islam. Begitu juga kawan saya Adam Corrie juga kaum Cina beragama Islam.

“Maksud saya, apabila sesetengah pihak cuba memanaskan keadaan dengan membenci Islam, iaitu agama rasmi Malaysia. “Jadi, diharapkan perkara ini (rakaman video tular) tidaklah dilihat sebagai ‘hate speech’. “Saya bukan membuat ‘hate speech’ yang berbaur perkauman dan meminta orang bergaduh,” katanya.

Zul berkata, apa yang dimahukan adalah sama seperti kehendak rakyat Malaysia iaitu hidup aman dalam masyarakat berbilang kaum. “Apa yang kita mahu adalah sama-sama menghormati agama masing-masing. Hidup di Malaysia ini saling bekerjasama dan akhirnya kita akan bahagia dan aman. “Saya juga tidak menyokong kumpulan orang beragama Islam yang ekstrem dan mahu membunuh sesuka hati tanpa mempedulikan undang-undang negara,” katanya.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*