[V] Pesakit kanser masuk dewan guna stretcher, terlantar bersanding di pelamin… tetamu sebak, pengantin perempuan tetap senyum

[V] Pesakit kanser masuk dewan guna stretcher, terlantar bersanding di pelamin… tetamu sebak, pengantin perempuan tetap senyum

REZEKI, jodoh dan ajal semuanya telah ditetapkan oleh Allah.

Jika sudah tiba masa, siapalah kita untuk menidakkan takdirnya.

Ketetapan ini boleh dikaitkan dengan kisah dikongsikan oleh seorang wanita yang sanggup menerima seorang pesakit kanser sebagai suaminya.

Sebagaimana dikongsikan Siti Marha di TikTok miliknya, dia dilihat tersenyum ketika bersanding dengan pasangannya hanya terlantar di atas pelamin pada majlis perkahwinan mereka yang tidak dinyatakan lokasinya.

Jelas Marha, suaminya menghidap penyakit kanser Leiomyosarcoma tahap empat dan tidak lagi mampu berjalan sejak September lalu.

Mereka melangsungkan perkahwinan pada 12 Oktober baru-baru ini dan majlis dilihat berlangsung meriah dengan kehadiran tetamu di Iman Iris Grand Hall, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Suami saya merupakan pesakit kanser tahap empat.

“Sejak bulan September dia tak dapat berjalan disebabkan kanser merebak ke tulang belakang,” katanya.

Semangat dan kesungguhan pengantin lelaki yang tetap bersanding walaupun dalam keadaan terlantar mengundang sebak tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan pasangan itu.

Kesediaan seorang wanita yang sanggup bernikah dengannya juga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

“Allahuakbar. Sebak rasanya melihat majlis perkahwinan Hashimi (pengantin lelaki) dengan keadaan tidak berapa sihat bersama pasangannya itu.

“Syurga buatmu adik. Ya Allah kuatkanlah dia untuk menempuhi liku-liku kehidupan ini.

“Allah menjanjikan terbaik untuk kamu. Ya Allah sedihnya saya tengok video ni,” demikian antara komen netizen.

Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan pengantin lelaki diusung masuk ke dewan dengan bantuan alat pengusung (stretcher).

Dia sakit dari pinggang ke kaki sebab tu kami tempah ambulans sahaja untuk memudahkan pergerakan.
MARHA
Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan mendoakan kesihatan serta kebahagiaan pasangan tersebut.

Bagaimanapun, apa yang menjadi pertikaian dalam kalangan warganet apabila pengantin tersebut tidak menggunakan kerusi roda yang dianggap lebih memudahkan pergerakan.

“Kaki suami bengkak dan tak boleh bengkok.

“Dia sakit dari pinggang ke kaki sebab tu kami tempah ambulans sahaja untuk memudahkan pergerakan,” jelas Marha.

Majlis perkahwinan pasangan ini berlangsung pada 12 Oktober lalu.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen video tular berkenaan, Marha amat berterima kasih dengan komen-komen positif dan doa yang baik daripada warganet.

“Allahuakbar, semoga dipermudahkan segala urusan. Hebatnya pengantin perempuan yang sanggup menerima seadanya dia (pengantin lelaki).

“Semoga adik cepat sembuh dan bebas daripada kanser serta dipermudahkan segala urusan rawatan. Selamat pengantin baru dan semoga berbahagia hingga ke jannah,” komen seorang pengguna lain di media sosial berkenaan.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*