8 tahun berlalu, isteri kenang pemergian Harun Salim Bachik -“Kenangan indah sukar lupa”

8 tahun berlalu, isteri kenang pemergian Harun Salim Bachik -“Kenangan indah sukar lupa”

Sudah lapan tahun, pelakon dan pelawak veteran, Harun Salim Bachik atau nama sebenarnya Haron Aminar Rashid Salim telah meninggalkan kita semua akibat sesak nafas ketika singgah di Hentian Rehat dan Rawat Gunung Semanggol (Selatan) Perak pada 8 Mac 2015 lalu.

Pemergian permata seni sudah pastinya memberi kesan yang mendalam industri hiburan bahkan, kerinduan yang tidak dapat diungkapkan oleh orang ramai terutamanya ahli keluarga arwah.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang wanita yang juga merupakan isteri arwah iaitu Surianti Mohd Nur di laman TikToknya, dia mengenangkan kembali arwah suaminya ketika masih hidup bersama anak-anaknya.

LIHAT VIDEO DISINI

“Kenangan indah itu amat sulit untuk dilupakan!” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.

Kehilangan permata seni yang amat dirasai
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memaklumkan Harun Salim Bachik adalah seorang penggiat seni yang sangat berbakat selain mempunyai personaliti yang baik.

Al-Fatihah, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman

Bukan itu sahaja, ramai yang merasakan Harun Salim Bachik seperti baru sahaja meninggalkan kita semua dan mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.

Sekadar info, Surianti berkahwin dengan Allahyarham Harun Salim Bachik pada tahun 2000 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Hazeera Sofea dan Hakeem Sufy Al-Rashid.

Sumber: TikTok @kaksulegasi7979

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*