Pak Cik Tua Pengsan Sebab Tersangkut Dalam Lif Lebih Satu Jam

Pak Cik Tua Pengsan Sebab Tersangkut Dalam Lif Lebih Satu Jam

Di TikTok, seorang wanita memuat naik satu video detik cemas menimpa dirinya serta dua orang lain sekitar petang Ahad lalu di Hospital Kuala Lumpur.

Ini kerana, mereka difahamkan tersangkut di dalam sebuah lif di hospital berkenaan lebih dari sejam sementara menunggu bantuan dari pihak bomba untuk tiba.

Disebabkan kejadian itu, mereka terpaksa menahan panas di dalam lif dan lebih menyedihkan apabila seorang pak cik tua yang turut tersangkut, pengsan akibat kekurangan oksigen dan udara.

Malah, jelas kelihatan dalam video tersebut, pakcik berkenaan membuka beberapa butang baju yang dipakai kerana panas.

Mereka yang terperangkap dalam lif sejak jam 5:30 petang akhirnya berjaya diselamatkan selepas pihak bomba tiba di lokasi sekitar jam 7 malam.

Perkongsian wanita itu turut mendapat perhatian orang ramai yang rata-rata meluahkan rasa risau mereka setiap kali menaiki lif kerana takut sekiranya kejadian yang sama jadi kepada mereka.

Inilah yang paling saya takut kalau naik lif. Memang auto panik kalau ramai sangat masuk.

SumberTikTok

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*