Tak lupa tarikh kahwin, Mas Idayu anggap suami sweet – “Kejap je dah 2 bulan”

Tak lupa tarikh kahwin, Mas Idayu anggap suami sweet – “Kejap je dah 2 bulan”

Penyanyi dangdut, Mas Idayu menyifatkan suaminya Muhammad Sufian Che Isa seorang yang romantis apabila mengingatkan dirinya mengenai usia perkahwinan mereka yang genap dua bulan.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram, penyanyi berusia 50 tahun itu berkata, dia dihubungi suaminya yang juga Penerbit Eksekutif TV3 bagi memaklumkan tentang ‘monthsary’ berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Masidayu Mesnun (@masidayu1001)

“Tadi darling kita call, hari ni (semalam) 16 November genap dua bulan usia perkahwinan kami.. sekejap je dah dua bulan.
“So sweet husband mummy (nama panggilannya) sentiasa ingat.. happy two months anniversary darling. Mummy cinta daddy sangat-sangat,” tulis pemilik nama Masidayu Mesnun itu.
Berdasarkan hantaran tersebut, penyanyi lagu 100% Cintaku itu berkongsi video memaparkan mereka berdua berjalan di sekitar Tanjung Emas, Muar baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Masidayu Mesnun (@masidayu1001)

Lebih menarik perhatian netizen apabila Mas Idayu dilihat memeluk erat suaminya, seolah-olah sukar untuk berenggang ketika mereka berjalan.

Melihat di ruangan komen, rakan artis dan pengikut tumpang gembira melihat aksi romantik pasangan itu selain mendoakan kedua-duanya agar kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Gembira tengok mummy bahagia

Romantiknyaaa! Moga kekal bahagia

Aku pula yang tersenyum tengok mereka

Untuk rekod, Mas Idayu menamatkan zaman janda dengan Muhammad Sufian, 51, pada 16 September lalu selepas berkenalan sejak terbabit dalam program Mentor 3 pada 2008.

Sumber: Instagram Mas Idayu

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*