“Semua berlaku dengan pantas” – Da’i Syed hitung hari bergelar suami Hana Ismail, nikah dalam masa terdekat

“Semua berlaku dengan pantas” – Da’i Syed hitung hari bergelar suami Hana Ismail, nikah dalam masa terdekat

PENDAKWAH selebriti Da’i Syed mengesahkan sudah mengikut tali pertunangan dengan wanita pilihannya iaitu Hana Ismail yang merupakan personaliti TV Al Hijrah.

Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 27, berkata, majlis tersebut berlangsung pada 23 Oktober lalu di kediaman keluarga Hana di Johor Bahru, Johor.

“Alhamdulillah majlis berkenaan berjalan lancar di rumah Hana. Syukur segalanya dipermudahkan.

Syed luah rasa syukur hubungan dengan Hana dipermudahkan.

“Semua berlaku dengan pantas. Kami mendapat doa orang-orang yang baik untuk hubungan ini,” katanya kepada mStar.

Pada malam Rabu, pelakon Datin Seri Umie Aida berkongsi majlis pasangan berkenaan di Instagram miliknya sekaligus mendedahkan status sebenar hubungan Syed dan Hana yang dikhabarkan sudah bertunang.

Dalam pada itu, Syed turut memaklumkan mereka akan disatukan sebagai suami isteri dalam masa terdekat namun belum bersedia berkongsi tarikh sebenar pernikahan.

“Insya Allah, tarikh perkahwinan kami sudah dekat. Nanti saya akan kongsi.

Kami mendapat doa orang-orang yang baik untuk hubungan ini.
DA’I SYED
PENDAKWAH SELEBRITI
“Majlis kami nanti akan berlangsung di Kuala Lumpur. Nikah dan kenduri pada hari sama,” jelasnya.

Syed dalam satu temu bual sebelum ini mendedahkan sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga enggan bercerita lanjut mengenai hubungan mereka.

Ketika itu, pendakwah berkenaan hanya memaklumkan majlis tersebut hanyalah pertemuan keluarga selepas dua minggu berkenalan rapat dengan Hana.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*