
“Dia Seorg Lelaki Baik..”- Baru 10 Bulan Bercer4i, Siti Saleha Akui Sudah Ada Lelaki Lain
Pelakon Siti Saleha, 33, tidak menolak dakwaan mengenai dirinya yang ketika ini dikatakan sedang berkenalan dengan seorang lelaki. Enggan lagi menghebohkan hal berkenaan, pemilik nama lengkap Siti Saleha Baharum berkata, dia akan mendedahkan mengenai perkara tersebut kepada umum seandainya sudah bersedia.“Kalau saya sudah bersedia saya akan kongsikan kepada semua di Instagram saya. Anytime from now je saya boleh tunjuk.
“Tapi buat masa sekarang, mereka yang terdekat dengan saya je yang tahu lah, walaupun saya tak pernah kongsi gambar. “Saya bersedia kawan dengannya dan dia adalah seorang lelaki yang baik,” ujarnya ringkas kepada Gempak.Saleha berkata demikian ketika ditemui pada sesi tayangan perdana drama original bersiri Viu lakonan terbaharunya berjudul Hilang, di Dadi Cinema Pavillon Kuala Lumpur, pada Rabu.
Sementara itu, diminta untuk mengulas mengenai penampilannya yang dikatakan semakin seksi lepas berpisah dengan bekas suami, Saleha berkata dirinya masih tahu menjaga batas sebagai seorang wanita. “Woman are always sexy, tapi batasan itu saya tahu macam mana nak jaga.“Saya gembira dengan kulit saya, saya tak suka orang bercakap pasal saya, saya tahu jaga diri.
“Mak ayah saya pun tiada cakap apa-apa, saya dah 33, inilah saya, tak suka tidak apa lah,” tambahnya. Untuk info, Siti Saleha sah bercerai dengan bekas suami, Ahmad Lutfi Azhar pada Junuari lalu selepas hampir empat tahun mendirikan rumah tangga
Pelakon Siti Saleha, 32, sah bercerai dengan suaminya, Ahmad Lutfi Azhar, 36, dalam sebuah prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Saleha akui perceraian itu berlaku secara baik dan reda jodohnya dengan Ahmad Lutfi hanya bertahan selama empat tahun.
“Okay, untuk hari ini kami sudah bercerai secara baik. Jodoh kami tidak panjang, sampai di sini saja. Itu sajalah saya nak cakap. Selebih itu saya tak nak ulas apa-apa,” katanyaPelakon drama 7 Hari Mencintaiku terbabit juga enggan mengulas lanjut mengenai butiran berkenaan prosiding yang berlangsung itu.”Kami tak ada persefahaman, itu saja. Terima kasih,” katanya.
Terdahulu, pada 13 Oktober tahun lalu, Saleha mengesahkan dia sudah memfailkan perceraian terhadap Ahmad Lutfi. Menurutnya, ia dilakukan atas kebenaran mahkamah.Berita keretakan rumah tangga mereka agak mengejutkan apabila Saleha sebelum ini tidak pernah berkongsi mengenai masalah peribadi secara terbuka di media sosial mahupun media.
Kali terakhir pelakon itu memuat naik gambar dia bersama suami pada 24 Mac tahun lalu. Hantaran itu sempena meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Ahmad Lutfi yang ke-35.Pasangan berkenaan melangsungkan pernikahan pada 28 Julai 2017 dan perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Be the first to comment