Selepas perbalahan dengan bekas suami, kini Lufya Omar diduga lagi

Selepas perbalahan dengan bekas suami, kini Lufya Omar diduga lagi

Lufya Omar Diduga Lagi Anak Kena ‘Chicken Pox’, Netizen Baik Hati Kongsi Petua Berguna

Belum selesai perbalahan antara tiga penjuru, pelakon Lufya Omar berdepan dugaan lagi apabila anak perempuannya, Laana Haura, tidak sihat.

Tak boleh tidur

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lufya Luvya (@lufyalaana)

Terbaharu, Lufya menyatakan Haura dijangkiti ‘chicken pox’ atau juga dikenali sebagai cacar air, semalam (Rabu). Menurut aktres berumur 37 tahun ini, Haura tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana satu badan berasa gatal.

Meskipun tidak sihat, anak kecil berumur lima tahun ini masih bertenaga serta rancak berborak.

Dah tak cantik muka Haura. Nangis sebab gatal

Pemilik nama Lutfyah Sheikh Omar turut memohon jasa baik pengguna media sosial untuk berkongsi petua bagi mempercepatkan proses penyembuhan. Antara tips yang diberikan adalah mandi dengan daun semambu, elakkan daripada menggaru dan jangan makan makanan yang bergoreng.

Untuk rekod, Lufya pernah mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Muhammad Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan anak perempuan yang kini berusia lima tahun. Bagaimanapun, Lufya dan Hafiz yang merupakan seorang doktor bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.

‘Saya Rasa Mungkin Dia Terlalu Buta Dalam Percintaan’ – Lufya Omar Tidak Cemburu Bekas Suami Nak Kahwin Dengan Julia Farhana

Pergaduhan tiga penjuru antara pelakon Lufya Omar, bekas suami, Dr Che Muhammad Hafiz dan aktres Julia Farhana nampaknya belum menemui titik noktah.

Menerusi siaran langsung di Instagram (IG), Lufya menafikan dia cemburu dengan hubungan percintaan Hafiz dan Julia yang dijangka akan berkahwin tidak lama lagi.

Kata Lufya, 37, dia berasa kesian dengan Julia yang masih muda selain belum merasa fasa sebagai isteri dan ibu. Saya dah lama tahu pasal hubungan mereka. Korang nak kahwin, silakan! Tiada siapa yang cemburu.

Sebenarnya saya cakap terus terang. Saya kesian dengan budak itu (Julia). Dia masih muda. Orang kata belum lagi lalui perjalanan sebagai seorang isteri dan ibu. Saya rasa mungkin dia terlalu buta dalam percintaan, tak boleh nak fikir. Untuk dia nak jadi mak tiri Haura, saya rasa its imposible. Kita ni tak tahu la.. risau salah cakap.

Tak perlu duit Julia.

Pemilik nama Lutfyah Sheikh Omar juga mengakui sudah menyekat (block) Julia di WhatsApp kerana merasakan tidak perlu campur tangan daripada orang luar. Sensitif isu ini. Kenapa ayah (Hafiz) itu minta kekasih dia ke depan? Saya rasa awak tak perlu masuk campur urusan nafkah anak.

Tak payah cakap nak suruh Hafiz ambil Haura pada hujung minggu. Itu memang tanggungjawab dia! Saya block awak sebab awak tak genuine. Sebab mula-mula mesej awak cakap nak tolong nasihatkan Hafiz.

Mesej kedua awak cakap itu bukan tanggungjawab awak untuk nasihat Hafiz. Jadi kenapa awak mesej saya pada mulanya dengan 360 muka surat (panjang gila) itu. Malah, awak ada cakap nak chip in. Saya tak perlu duit awak sayang, hanya perlu tanggungjawab dan kasih sayang daripada teman lelaki awak.

Bukan nak berlagak tapi saya yang minta cerai. Kesabaran saya sudah tipis. Dalam pada itu, pelantun lagu Diam menegaskan dia ‘bergaduh’ demi menuntut hak anak tunggalnya bukan untuk isi perut sendiri. Saya gaduh bukan untuk saya, untuk Haura! Benda jadi isu bila ada orang luar masuk campur.

Sumber: ohbulan

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*