Rezeki mencurah-curah, Puteri Sarah lebar sayap ke Indonesia

Rezeki mencurah-curah, Puteri Sarah lebar sayap ke Indonesia

Selepas berdepan konflik rumah tangga membabitkan orang ketiga, rezeki pelakon Puteri Sarah Liyana dilihat semakin mencurah-curah dengan pelbagai tawaran lakonan.

Terbaru, memetik laporan Media Hiburan, pelakon berusia 37 tahun itu tidak menyangka dapat melebarkan sayap ke Indonesia selepas mendapat tawaran sebuah projek berskala besar.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana bakal terlibat untuk satu projek filem di Indonesia. Saya sangat teruja dan tak sangka akan ditawarkan peluang seperti ini. Sudah tentu saya akan buat yang terbaik.
“Saya juga bakal menjalani latihan lakonan di sana dan ketika ini, saya sedang belajar untuk bertutur di dalam bahasa Indonesia. Persediaan memang dah bermula daripada sekarang.
“Namun, saya tak boleh nak dedahkan secara terperici berkaitan filem ini. Bila mereka dah putuskan nanti, baru saya akan kongsikan,” kata Puteri Sarah.
Bercerita lanjut, pelakon drama Suri Hati itu berkata peluang tersebut hadir selepas menerima tawaran menjadi duta untuk sebuah produk kesihatan.

“Ditakdirkan Allah mahu memberikan rezeki yang besar buat saya apabila pemilik produk tersebut juga merupakan produser bagi filem-filem di Indonesia.
“Jadi, dia mengambil saya berlakon selepas melihat kebolehan saya. Pemilihan ini dibuat bukan kerana saya menjadi duta.
“Tawaran ini turut diberikan kepada orang lain tetapi mereka nampak potensi saya,” ujar ibu kepada dua cahaya mata itu.

Pada masa sama, Puteri Sarah berharap orang ramai dapat mendoakan agar segala yang dirancang akan dipermudahkan kelak.

“Doakanlah segala urusan saya dipermudahkan untuk filem ini. Nantikan projek ini kerana saya bakal berlakon dengan aktor pujaan ramai. Nak tahu siapa? Nantikanlah,” kongsinya lagi.

SumberMedia Hiburan (Aizam Manaf) , Instagram Puteri Sarah

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*