[V] Tak cukup seret, dipijak pula! Lelaki zalim dera isteri separuh mati… Saksi dakwa pelaku bekas suami penyanyi dangdut

[V] Tak cukup seret, dipijak pula! Lelaki zalim dera isteri separuh mati… Saksi dakwa pelaku bekas suami penyanyi dangdut

RAKAMAN tular memaparkan seorang wanita didera dengan kejam oleh lelaki dipercayai suaminya cukup mengundang kemarahan netizen.

Video berdurasi satu minit 11 saat itu memaparkan pelaku sedang menyeret wanita berkenaan dengan kasar di bahagian dapur sebuah kediaman.

Turut kelihatan seorang kanak-kanak perempuan yang sedang menangis serta seorang lagi wanita bertudung, dipercayai pembantu rumah mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Video itu dirakam seorang lelaki yang turut menyebut “selamatkan mama” kepada kanak-kanak tersebut yang sedang menangis ketakutan.

Mangsa pula hanya mampu menyebut “Ya Allah, dah, dah…” sewaktu dia diherdik pelaku yang hanya berseluar pendek warna putih dalam video tersebut.

Selain rakaman yang mengundang kemarahan ramai, netizen turut terkejut apabila pemilik video mendedahkan pelaku merupakan bekas suami kepada seorang penyanyi dangdut tempatan.

“Kenapa tak FYP? Tolong. Dia bekas suami A**** dangdut. Dia dera bini baharu pula. Tolong viralkan. Dia dah dera separuh mati,” dakwa pemilik video.

Menurut keterangan tambahan di ruangan komen, mangsa sudah membuat laporan polis dan mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ujarnya lagi, mangsa merupakan isteri yang baik namun hidup dalam keadaan derita kerana suaminya yang terlalu panas baran.

Seorang wanita dipercayai pembantu rumah turut kelihatan dalam video itu.

“Report polis dan doktor dah dibuat di HKL. Tapi mangsa terlalu takut dan tengah sakit. Sebab dihentak di kepala. Didera separuh mati. Cuma semua tak dapat record.

“Alhamdulillah Allah bagi juga peluang record dan lari. Saya yang post video ni. Dia isteri yang baik tapi suami panas baran yang melampau sangat. Silap sikit akan kena bantai.

“Dia dan anak dia dikurung dan kena pukul kalau tersilap. Anak tu adalah anak yatim guys. Anak dengan suami lama. Yang pakai tudung adalah orang gaji yang kena bantai juga,” tulis pemilik video itu.

Selain di aplikasi TikTok, video tersebut kini turut tular di laman Twitter.

Rata-rata netizen menyelar sikap lelaki durjana itu dan berharap dia segera diseret ke muka pengadilan.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*