“Dia Ada Dtng Melawat Adiknya..”- Rupanya Abg Zamani Slam Sempat Lakukan Hal Ini Sblum Disahkn Mniggal

“Dia Ada Dtng Melawat Adiknya..”- Rupanya Abg Zamani Slam Sempat Lakukan Hal Ini Sblum Disahkn Mniggal

Kuala Lumpur: Abang kepada penyanyi Zamani Slam iaitu Zulfazli Ibrahim meninggal dunia pada malam tadi. Perkara ini disahkan oleh kenalan Zamani iaitu Mazrie dan juga Ahmad Naqiuddin.

Malah berita sedih ini turut dikongsi oleh penyanyi terbabit menerusi media sosialnya. “Assalamualaikum… Dukacita saya dan keluarga ingin memaklumkan bahawa abang saya, Zulfazli Ibrahim telah menghembuskan nafas terakhir baru sebentar tadi. Mohon dapat sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah dan doakan urusan arwah dipermudahkan,” tulisnya.

Ahmad Naqiuddin atau Naqee ketika dihubungi berkata, sebaik mendapat berita itu dia segera menghubungi Zamani. “Ketika itu mereka (Zamani dan isterinya Nur Juliana) dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh kerana jenazah berada di sana. “Zamani bagaimanapun tidak benarkan saya ke sana buat masa ini. Dia janji akan bagi info lengkap pada pagi nanti.

“Saya sendiri pun terkejut dengan berita ini,” Zulfazli ada melawat Zamani sebelum menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit scoliosis di Sunway Medical Centre Velocity, Cheras pada 7 November lalu.

Terdahulu Zamani kehilangan kakaknya Zuraidah Ibrahim pada 26 September akibat komplikasi buah pinggang. Jenazah Zuraidah dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Keramat, Kuala Lumpur.

Zamani amat sedih – Selepas kakak, abang pula meninggal dunia
Abang kepada penyanyi popular, Zamani iaitu Zulfazil Ibrahim, 57, yang meninggal dunia malam tadi selamat dikebumikan di Kampung Melayu Subang, di sini, kira-kira jam 10.30 pagi, hari ini.Rakan Zamani, Ahmad Naqiuddin ketika dihubungi berkata, dia ada berjumpa dengan Zamani pagi ini dan penyanyi itu amat sedih kerana sebelum dia kehilangan kakak dan sekarang, abangnya pula meninggal dunia.

“Saya pun nak tanya lebih-lebih, keadaan tak sesuai juga. Dengan keadaannya yang baru saja menjalani pembedahan dan masih menjalani sesi fisioterapi, risau juga,” katanya kepada Harian Metro.Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia pada jam 11.30 malam tadi.

“Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sungai Buloh. Selepas jenazahnya disempurnakan di hospital, jenazah kemudian dibawa ke surau berhampiran kediamannya.”Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran Kampung Melayu Subang dan semuanya selesai sekitar jam 10.30 pagi tadi,” katanya.

Difahamkan, Zulfazil ada melawat Zamani ketika menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit Scoliosis pada 7 November lalu.Sebelum ini, kakak Zamani, Zuraidah meninggal dunia pada 26 September lalu akibat komplikasi buah pinggang.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*