
RagamBberapa Slebriti Prgi Mngundl, Ssuatu Trjadi Dkat Se0rang Artls Ini MasaDla Smpai
Kuala Lumpur – Kemeriahan PilihanRaya Umum ke15 PRU15 dapat dilihat menerusi laman sosial apabila ramai berkongsi perjalanan proses pengundian di kawasan masing-masing sejak pagi Sabtu.
Menjadi sebahagian rakyat Malaysia, golongan artis dan selebriti tempatan juga tidak terlepas melaksanakan tanggungjawab memilih barisan pimpinan ker.ajaan baharu.
Berkongsi situasi di pusat pengundian, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dilihat hadir sekitar pukul 11 pagi dan meletakkan harapan agar negara Malaysia menjadi lebih baik selepas ini.
Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi tumpuan ramai ketika membuang undi di Sekolah Kebangsaan SK Alam Damai, Cheras pagi tadi.
Kehadiran penyanyi yang terkenal menerusi lagu Biarlah R.ahsia itu disapa peng.undi dan petugas di pusat undian apabila masing-masing ingin bergambar dan bertegur sapa.
Perjalanan mengundi saya hari ini keadaan tenang. Semoga Allah berikan kami pem.impin yang amanah dan berwibawa serta menjaga rakyat dengan baik.
“Alhamdullillah selesai jalankan tanggungjawab hari ini. Semoga Malaysia jadi lebih baik,” katanya. Siti sebelum itu dilihat menghantar suaminya iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ke pusat berkenaan sebelum menunggu gilirannya.
Sementara itu, pelakon Elfira Loy pula memberitahu dirinya g.ementar sehingga tidak lena tidur sebelum hari mengundi.
Dia sempat menulis beberapa panduan untuk orang ramai bagi memudahkan urusan pengundian.
“Alhamdulillah saya telah jalankan tanggungjawab. Pergi awal pagi sebab gementar sampai tak boleh nak tidur. Lebih baik pegang telefon dan kad pengenalan supaya p.roses lebih lancar. Ia jadi lebih cepat kalau anda mudahkan p.roses itu,” ujarnya.
Lain pula cerita pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad yang turut berkongsi pengalaman mencuit hati apabila ters.alah pusat pengundian.
Sudahlah silap lokasi, Elizad berkata perutnya pula tiba-tiba s.akit perut ketika sedang beratur menunggu giliran.
Seawal pagi dah keluar rumah. Dah nak sampai depan barisan masa ini pula s.akit perut.
“Beratur panjang tapi s.alah tempat mengundi. Mungkin teruja sangat sampai tak boleh bezakan sekolah rendah dan sekolah menengah,” jelasnya dalam satu video di Instagram.
“Kami firsttime kali pertama.” Demikian kata pasangan selebriti suami isteri, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha yang pertama kali mengundi hari ini.
Menerusi hantaran gambar dan video di Instagram Hanis, pasangan itu menunjukkan jari telunjuk yang bercalit d.akwat ungu sebagai tanda mereka sudah selesai membuang undi.
Malah, sepanjang dua minggu bahang PRU15, pasangan itu dihujani pertanyaan dalam kalangan pengikut mereka di Instagram selain mengingatkan mereka untuk menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
Kredit : Mstar/FB
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Be the first to comment