Memiliki 8 Org Anak & 2 Org Cucu, Ini Luahan Fauzi Nawawi Kpd Anak2nya Bila Dia Sudah Meniggal

Memiliki 8 Org Anak & 2 Org Cucu, Ini Luahan Fauzi Nawawi Kpd Anak2nya Bila Dia Sudah Meniggal

Memiliki anak ramai pastinya impian setiap ibu bapa. Bukan semua dapat merasakan nikmat sebegitu kerana ada pasangan yang menanti hingga bertahun-tahun untuk menimang cahaya mata.

Dalam kalangan artis, ada yang hidupnya cukup meriah dianugerahkan ramai cahaya mata. Bahkan, pada usia belum mencecah 50 tahun, mereka sudah memiliki cucu.

Pelakon Fauzi Nawawi, 49, yang memilik lapan anak berkata, banyak perkara membuatkan dia bersyukur dan mengakui rumah tangganya lebih meriah.

Dia tidak menafikan ada pro dan kontra memiliki ramai anak, namun kebaikan itu ternyata jauh lebih banyak.

“Cabaran paling besar adalah ketika mereka masih kecil dan bersekolah. Selepas balik dari sekolah misalnya, mereka main campak saja barangan dan bila nak pergi sekolah balik, baru terkial-kial cari.

“Tapi ia cuma memakan beberapa tahun saja untuk menuntut kesabaran tinggi melayan kerenah begitu. Saya bersyukur kerana isteri paling memainkan peranan besar dalam mengendalikan mereka.

“Isteri sudah ibarat guru besar dan lebih tegas dalam mendidik mereka di rumah. Maklum saja, anak-anak tak takut sangat malah lebih mesra dengan saya berbanding ibu mereka,” kata suami kepada pelakon Lisdawati, 44, itu.

Fauzi berkata, dia sudah dapat membayangkan betapa indah hari tuanya nanti. Anugerah memiliki anak ramai sudah cukup membahagiakannya.

“Sekarang tiga anak sudah berkahwin dan saya ada dua cucu pada usia sebelum 50 tahun. Kebaikannya, pasti akan ada juga yang berada di sisi pada masa-masa penting seperti sambutan Aidilfitri.

“Jika seorang anak tak balik, saya masih ada tujuh, kalau dua tak ada, masih lagi ada enam. Sekiranya saya meninggal dunia, ada lapan anak yang mendoakan saya,” katanya.

Menurut Fauzi, kemeriahan itu paling terasa sewaktu mereka dapat berkumpul sekali ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu. Dia berpeluang menyelami hati setiap anaknya lebih rapat.

“Masa terkurung itu jadi tidak sunyi dan lebih meriah. Masa itulah juga saya dapat mendalami hati mereka, mendengar pendapat, serta pengalaman mereka membesar.

“Saya lebih memahami bahawa kerenah anak-anak masing-masing berbeza. Berdasarkan perkongsian dan minat mereka, saya ada beri cadangan mengenai apa yang sesuai mereka lakukan untuk masa depan,” katanya.

Fauzi dan Lisdawati mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Aina Farhana, 14; Nur Aina Fazneesya, 13; Ahmad Nur Fyrdaus, 8; dan Ahmad Nur Fayyadh, 3.

Empat lagi anak hasil perkahwinan pertama Fauzi ialah Nurul Hainil Fatihah, 24; Hanna Faresha, 21; Mohd Fikri Hakimi, 18; dan Muhammad Fareez Hazwan, 23, yang juga penyanyi.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*