
Adam Shahz dihalang jumpa anak, dakwa Fatin Afeefa bimbang rahsia terbongkar
PELAKON Adam Shahz mendedahkan sudah beberapa minggu tidak bertemu dengan anaknya ekoran dihalang bekas isteri, Fatin Afeefa.
Adam astau Nor Shah Azli Abdol Ghani, 41, berkata, Fatin menghalang mereka bertemu kerana bimbang lebih banyak rahsia peribadinya terbongkar.
Disebabkan itu, Adam sudah memfailkan laporan di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi menuntut hak penjagaan sekali gus menyelesaikan masalah di antara mereka.
“Dia tahu kalau saya jumpa anak, banyak lagi rahsia akan terbongkar. Sebab itu halang saya jumpa anak dan saya sendiri sudah beberapa minggu tak tahu tentang keadaannya.
Adam tak mahu lagi berdiam isu dengan bekas isteri.
“Sebelum ini dia ada hantar orang tengah untuk bercakap dengan saya, tetapi sekarang lebih baik selesaikan perkara itu di mahkamah,” katanya kepada mStar.
Terdahulu, Adam ada memuat naik video perbualan dengan anaknya, Ivy Herra Sophia, 7, yang mana kanak-kanak itu mendedahkan ibunya sudah mempunyai teman lelaki dan beberapa perbuatan aktres itu.
Dalam satu perkongsian lain, Adam turut kesal apabila terdapat segelintir netizen yang melemparkan kata-kata negatif terhadapnya meskipun tidak mengetahui fakta sebenar.
Menurut Adam, selepas bercerai dengan Fatin pada Mei 2017, dia lebih selesa mengambil langkah berdiam tanpa membuka sebarang kisah atau masalah yang pernah berlaku antara mereka.
Dia tahu kalau saya berjumpa anak, banyak lagi rahsia akan terbongkar.
ADAM SHAHZ
PELAKON
Bagaimanapun tuduhan segelintir pihak terhadapnya membuatkan dia lebih berani bersuara dan mempertahankan haknya.
“Selama ini saya hanya berdiam sahaja. Orang bercakap buruk tentang pun, saya tetap tak ambil peduli kerana apa yang telah berlaku biarlah saya sahaja tahu.
“Tapi semakin lama, orang mula menyalahkan saya tentang penceraian kami sebelum ini,” jelasnya.
Untuk rekod, Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 namun bercerai empat tahun kemudian.
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Be the first to comment