“Tahniah DSAI..” Baru sahaja Zahid Hamidi Tolak bergabung dengan PN,Ini Pula kata2 Anwar Ibrahim..

“Tahniah DSAI..” Baru sahaja Zahid Hamidi Tolak bergabung dengan PN,Ini Pula kata2 Anwar Ibrahim..

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam ini sekali lagi menegaskan gabungan itu mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan Persekutuan.Susulan itu, Anwar yang juga Presiden PKR, yakin beliau akan diberi peluang untuk menjadi Perdana Menteri.

Anwar bagaimanapun enggan menyatakan parti atau mana-mana Ahli Parlimen yang akan bekerjasama dengan PH.”Sejak semalam sudah cukup (112 kerusi Parlimen). Seperti yang saya kata semalam, ia sudah selesai.”Bagaimanapun, saya mahu ia dilakukan dengan cara yang betul. Biar mereka (parti atau Ahli Parlimen yang akan bekerjasama) mengeluarkan kenyataan sendiri.

“Apa pun, saya gembira kerana kita sudah menyelesaikannya. Saya fikir dengan sokongan yang diperoleh, saya yakin, insya-Allah, saya akan diberi peluang untuk menerajui negara ini,” katanya ketika ditemui pemberita di luar kediamannya di Kajang, malam ini.

Anwar dakwa cukup majoriti bentuk kerajaan
Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Pakatan Harapan mempunyai majoriti untuk membentuk Kerajaan Persekutuan. Katanya, pihaknya sudah mencapai persetujuan dan persefahaman dengan beberapa pihak bagi tujuan berkenaan.Menurutnya sebagai blok terbesar, mereka mempunyai majoriti melebihi 111 untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

“Kami sudah mempunyai lebih daripada 111 kerusi untuk membentuk kerajaan, “katanya. Katanya, pihaknya akan menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan bagi membentuk kerajaan secepat mungkin.

“Kita menerima keputusan dan menghormati kehendak rakyat dan sedia maklum, pakatan harapan kelompok terbesar memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).”Sejurus selepas itu kita faham tiada parti lain yang tidak memperoleh majoriti dalam parlimen dan memerlukan beberapa proses perbincangan.

“Saya ingin maklumkan bahawa kami sudah mencapai persefahaman dan persetujuan untuk membentuk kerajaan apabila diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam sidang media di sini.Turut hadir, Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Ketua Setiausaha PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Ditanya mengenai kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Perikatan Nasional (PN) mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan, Anwar menafikan perkara itu,” katanya.

Ditanya mengenai kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Perikatan Nasional (PN) mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan, beliau berkata mustahil untuk PN membentuk Kerajaan Persekutuan.

“Itu mustahil,” katanya pada sidang media di sebuah hotel sebentar tadi.

Pengerusi PH itu bagaimanapun enggan mengulas sama ada pihaknya akan menjalin kerjasama dengan GPS dan GRS bagi membentuk Kerajaan Persekutuan, sebaliknya hanya menjelaskan sudah mencapai persetujuan dengan beberapa pihak di peringkat Persekutuan dan negeri.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*