Abby Abbadi dan Suami Hadir Ke Sidang Media PH tanda beri sokongan, Sekali terima k0men ini pula

Abby Abbadi dan Suami Hadir Ke Sidang Media PH tanda beri sokongan, Sekali terima k0men ini pula

Pelakon Abby Abadi hadir ke lokasi sidang media di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, hari ini bagi memberi sokongan kepada pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH).

Menerusi hantaran di Instagram Story miliknya, kelihatan dia dan suami tampil berbaju merah di hotel tersebut bagi megikuti proses rundingan oleh parti-parti politik yang terlibat. “Gigih demi Malaysia yang lebih baik,” tulis Abby. Menerusi hantaran sama juga, Abby merakamkan suasana di luar perkarangan hotel tersebut yang dipenuhi dengan pengamal media.

“Tak boleh masuk, jadi boleh share suasana diluar saja ya,” kongsinya. Tambah Abby lagi dia berharap agar negara diberikan barisan pemimpin yang mampu memahami rakyat, kestabilan ekonomi dan keadilan. “Esok ada jawapannya, Insya-Allah.

“Semoga Allah izinkan dapat barisan pemimpin yang faham keluh mesah rakyat, yang mampu stabilkan ekonomi dan berikan keadilan untuk semua, sabar,” harapnya. Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 mencatat sejarah kerana buat kali pertama Malaysia mengalami parlimen yang tergantung. Sumber Xtra.

Desas-desus kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) semakin bertiup kencang, apabila pemimpin kedua-dua gabungan itu dikatakan akan mengadakan perjumpaan di Hotel Seri Pacific, di Kuala Lumpur pada jam 10 pagi, hari ini.

Pengamal media mula memenuhi Hotel Seri Pacific ini dan melihat kehadiran pemimpin tertinggi PH dan BN. Antaranya Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari.

Pemimpin BN yang hadir ialah Presiden Umno, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Azalina Othman Said, Datuk Johari Abdul Ghani dan Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Sementara itu, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Hotel Seri Pacific jam 10.30 pagi hari ini. Ia dipercayai bagi mengadakan rundingan dengan Barisan Nasional (BN) bagi pembentukan kerajaan persekutuan.

Terdahulu, kerjasama antara kedua pihak dimuktamadkan pagi ini, apabila pemimpin kedua-dua gabungan itu dikatakan akan mengadakan perjumpaan di sebuah hotel di sini, pagi ini.

Difahamkan, perjumpaan akan berlangsung 10 pagi ini. Menurut sumber daripada PH, ia sekadar perjumpaan biasa sahaja. “Tak salah, jika pemimpin PH dan BN berjumpa dan bertukar pandangan selepas penat dengan kempen pilihan raya,” katanya. Sumber Hmetro.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*