“Sejak 2 Tahun Lalu..”- Tak Sangka Ini Permintaan Nad Zainal Kpda Org Ramai Sblm Ditidurkn

“Sejak 2 Tahun Lalu..”- Tak Sangka Ini Permintaan Nad Zainal Kpda Org Ramai Sblm Ditidurkn

Pelakon Nad Zainal terpaksa ditidurkan selama dua hari selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar Ampang Puteri. Perkara tersebut dimaklumkan rakan baiknya, Aina Liza kepada Kosmo! Online! menerusi satu pesanan WhatsApp sebentar tadi. “Saya baru dapat ‘green light’ untuk berkongsi berita ini.

“Nad ditidurkan dua hari sebab paru-paru dia berdarah. Dah dapat keluarkan semua darah jadi doktor tidurkan dia supaya boleh rehat dan paru-paru kembali kering. Tadi, tak dapat nak kongsi (berita) ini sebab nak tunggu kebenaran keluarga dia. Sama-sama kita doakan Nad okey,” kata Aina.

Sementara itu, seorang lagi rakan baik Nad yang juga pelakon, Ungku Ismail Aziz memohon doa orang ramai agar Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin diberikan kesembuhan.“Saya pohon doa-doa semua buat Nad Zainal yang dimasukkan ke wad ICU (semalam) disebabkan jangkitan kuman di paru-paru.

“Beberapa prosedur telah dilakukan dan menurut doktor yang merawatnya keadaannya stabil tapi keadaannya tidak berapa okey. Mohon doa ya semua. Allahumma Yashfiihaa,” coretnya menerusi Instastory. Malam tadi, Kosmo! melaporkan Nad, 32, dimasukkan ke ICU hospital swasta berkenaan selepas dua hari keadaan kesihatannya tidak begitu baik barangkali disebabkan simptom Long Covid

memohon orang ramai mendoakan yang baik-baik terhadap perubahannya itu.
Menjawab mengenai perkara itu, Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 32, berkata dia kini sedang belajar menutup aurat dengan sempurna dan memohon orang ramai mendoakan yang baik-baik terhadap perubahannya itu.”Saya sebenarnya tidak mahu bercerita tentang penampilan terbaharu ini. Saya minta maaf.

“Cuma saya ingin anda semua doakan yang terbaik kerana saya juga masih belajar,” katanya kepada mStar. Nad ditemui pada sidang media pelancaran drama Cina Buta yang diadakan di Sunway Velocity, Kuala Lumpur pada Jumaat. Pelakon itu dilihat hadir dengan penampilan manis berhijab, namun enggan mengulas lanjut mengenai perubahan imejnya itu.

Meskipun tampil bertudung, Nad menjelaskan dia masih mempunyai baki dua tuntutan kerja yang memerlukannya untuk tidak berhijab.”Saya masih ada dua tugas yang memerlukan saya tidak berhijab kerana telah dipersetujui sebelum ini. Ia merupakan projek drama bersiri dan sebuah filem,” katanya.

Dalam pada itu, Nad mengakui sudah lama menyimpan hasrat untuk mengenakan hijab. Malah, dia tidak menganggap perubahan imej itu akan menjadi penghalang untuknya meneruskan karier dalam bidang lakonan. “Keinginan untuk berhijab mula timbul sejak dua tahun yang lalu. Bagi saya, tidak ada masalah sekiranya saya berhijab.

“Saya percaya kepada rezeki, tambah pula kalau kita lihat ramai sahaja pelakon berhijab yang masih mampu membawakan pelbagai watak contohnya seperti Noorkhiriah,” ujarnya.Sebelum ini, Nad berkongsi beberapa keping foto mengenakan hijab sepanjang menjalani penggambaran program travelog di Thailand, baru-baru ini.Rata-rata peminat mendoakan pelakon ini agar kekal istiqamah dengan penampilan baharunya itu

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*