“Mohon Maaf Saya Ambil Air Paip…”- Viral Tentang Nota Ni, Rupanya Ni Kisahnya!

“Mohon Maaf Saya Ambil Air Paip…”- Viral Tentang Nota Ni, Rupanya Ni Kisahnya!

Viral di media sosial berkenaan kemurniaan hati seseorang yang tidak bernama apabila meninggalkan sekeping nota yang cukup ringkas tulisannya namun cukup tinggi nilainya. Ini sekali gus mencuri perhatian warganet apabila dikongsikan oleh pemilik warung Pok Choh yang terletak berdekatan dengan lapangan terbang Kuala Terengganu.

Assalamualailum, Mohon Maaf, saya ambik air paip kat kedai ni. Di sini saya sertakan duit rm2#. Kereta mati. TQ 

Difahamkan menurut Mohd Fazli Jusoh atau lebih mesra disapa Abang Hogan, kedai makannya ditutup beberapa hari bersempena cuti panjang ketika mengundi baru-baru ini.

“Warung kami berdekatan Airport Kuala Terengganu. Kami jual sarapan, antara menu Nasi Dagang nasi lemak dan sebagainya.

“4 hari lepas kami cuti, esok akan mula meniaga selepas mengundi marin. Bila kemas-kemas kedai, terjumpa nota ni terselit atas meja tempat kami biasa hidangkan lauk-lauk. MasyaAllah.. hebat orang ni” ujarnya ikhlas memuji tindakan tersebut.

Menyedari betapa murninya hati si pemberi nota tersebut, wang yang diberikan telah dimanfaatkan, bukan untuk tujuan peribadi malah dijadikan wang sedekah untuk manfaat yang lebih berganda.

“Moga dipermudahkan urusan awak sekeluarga, insyaAllah. Nanti kami masukkan duit ni dalam tabung madrasah.

“Sebenarnya dok perlu pon bayar setakat air paip tu. Ambik jer sebanyak mana yang perlu, moga pahala terus mengalir ke pusara ayahanda Pok Choh.. Amiin,” ujarnya yang juga suatu ketika dahulu pernah diuji dengan mengidap kanser limfoma tahap 4.

“bukan nilai duit tu sebenarnya.. perbuatan yang kecik macam ni.. nilainya tinggi..-Netizen

Meninjau diruangan komen, warganet memberikan pujian dan wajar sifat yang baik ini terpahat kukuh dalam diri setiap antara kita.bukan nilai duit tu sebenarnya.. perbuatan yang kecik macam ni nilainya tinggi komen salah seorang netizen.

Mohon jangan cuti sampai 4 hari lain kali,seloroh salah seorang warganet.Dan tidak kurang juga ramai memuji tindakan orang tersebut.Bagus la gitu ia maklum pada owner kedai,komen yang lain.

Allahu. Budi pekerti yang baik orabg yang amik dan bagi. Moga pahala buat semua,” ujar yang lain pula.terbaik..moga pahala berlipat kali ganda..dan mengalir seperti air sungai yang deras, doa yang lain pula.

Sumber : Warung Pok Choh

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*