“Mohon sedekah Al-fatihah, Nad dah mkin drop..”- Heliza Helmi Kongsi Perbualan Rakan2 Keadaan Sebenar Nad Zainal

“Mohon sedekah Al-fatihah, Nad dah mkin drop..”- Heliza Helmi Kongsi Perbualan Rakan2 Keadaan Sebenar Nad Zainal

Kuala Lumpur: Doktor belum dapat mengesan punca menyebabkan berlaku perdarahan berterusan dalam paru-paru pelakon, Nad Zainal yang kini dalam keadaan kritikal di sebuah pusat perubatan di Ampang, di sini. Pelakon yang juga rakan Nad, Ungku Ismail ketika ditemui berkata, doktor juga tidak pasti sama ada ia berpunca daripada kencing tikus atau jangkitan bakteria lain memandangkan Nad tidak mempunyai gejala yang dikaitkan.

Katanya, doktor turut memaklumkan Nad kini mengalami autoimun iaitu di mana sistem imun tubuh seseorang menyerang sel atau tisunya sendiri.Menurut Ungku Ismail, setakat ini empat doktor masih lagi memantau keadaan pelakon itu selain perlu dirawat menggunakan dos steroid yang tinggi.Ditanya mengenai keadaan Nad, Ungku Ismail berkata, pendarahan masih lagi berlaku.

Perkongsian Heliza Helmi

“Yang pasti pendarahan berterusan, secara ‘on and off’. Jadi, doktor sedang berhempas pulas mengeluarkan darah yang berkumpul dalam paru-paru.”Bermacam-macam ubat sudah diberikan termasuk antibiotik, namun tidak memberi apa-apa kesan atau tindak balas terhadap jangkitan yang dialami,” katanya.Sementara itu, pengarah terkenal, Shahrulezad Mohameddin ketika ditemui meminta semua pihak mendoakan yang terbaik buat Nad.

“Kita sama-sama doakan agar Nad kembali sembuh dan semoga Allah akan kembalikan dia kepada kita semula. Sebagai rakan saya terharu apabila ramai dalam kalangan penggiat seni yang turut hadir termasuk ahli keluarga Nad untuk memberi semangat kepadanya.”Keluarga Nad juga sudah dipanggil untuk melawatnya, manakala rakan-rakan penggiat seni setia memantau perkembangannya di hospital,” katanya.

Barisan penggiat seni tanah air yang hadir antaranya Sharifah Amani, Nadia Aqilah, Sherry Alhadad, Aliff Aziz dan isterinya Bella Astillah, Didie Alias, Sharifah Sakinah, Nadiya Nisaa, penerbit Fazli Baharom dan ramai lagi.Bekas suaminya, Faliq Amiruddin turut hadir bersama anak mereka. Terdahulu, Nad dilaporkan dimasukkan ke ICU pusat perubatan berkenaan sejak dua hari lalu akibat masalah paru-paru berdarah.

Nad Zainal kini dirawat di ICU akibat jangkitan kuman di paru- paru
Pelakon Nad Zainal dilaporkan tidak sedarkan diri dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor akibat jangkitan kuman di paru-paru.Menurut pengarah dan penerbit, Shahrulezad Mohameddin, setakat petang tadi Nad dilaporkan stabil, namun, masih berada dalam pemantauan doktor.

“Saya sangat terperanjat apabila Nad dikejarkan ke hospital menaiki ambulans malam semalam dan setakat petang tadi, dia masih ditempatkan di ICU serta tidak sedarkan diri.”Kemungkinan dia terpaksa ditidurkan kerana nak pastikan paru-parunya berada dalam keadaan baik. Alhamdulillah, keadaannya juga dikatakan stabil.

“Saya pun tak dapat nak kongsikan lebih lanjut mengenai keadaannya, sebab dia berada di ICU. Nak melawat dia pun tak boleh sekarang ini. “Selain risaukan dia , saya juga bimbangkan anak-anaknya yang kini dijaga oleh pembantu peribadinya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Shahrulezad, dia memohon peminat dan orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan Nad supaya cepat sembuh dan kembali sihat. “Kami sebenarnya serba salah nak promosikan drama kami yang bakal ditayangkan di Astro Ria memandangkan keadaannya (Nad) yang tidak mengizinkan ketika ini.

“Tapi, saya bersama rakan selebriti serta pasukan produksi berikhtiar dengan melakukan solat hajat dan bacaan Yaasin supaya dia kembali sihat serta mendoakan yang terbaik untuknya.

“Dua minggu lepas dia ada berjumpa dengan saya. Ketika itu, keadaan dia okey saja, cuma nampaklah wajahnya sedikit letih dan stres. Tak sangka pula dia sedang menanggung kesakitan dan rasanya dia pun tak tahu mengenai penyakitnya itu,” katanya.

Terdahulu, pelakon gandingan Nad dalam drama Cina Buta, Ungku Ismail menerusi Instagram Story miliknya memohon orang ramai mendoakan keadaan ibu tunggal dua anak itu yang kini dirawat di ICU.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*