“Kekal Tenang, Kita Sedang Usahakan, Kita Masih Di Hadapan,” – Hadi Awang

“Kekal Tenang, Kita Sedang Usahakan, Kita Masih Di Hadapan,” – Hadi Awang

Teka-teki keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) pada kali ini masih lagi belum terjawab berikutan tiada parti yang mendapat gabungan majoriti dalam membentuk Kerajaan Persekutuan.

Dalam mencari jawapan di sebalik kemelut yang sedang berlaku ini, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata pihaknya sedang mengusahakan cara dalam membentuk kerajaan.

“Kekal tenang. Kita sedang usahakan. Kita masih di hadapan.

“Mereka merancang. Allah merancang. Kita di pihak yang benar. Insya-Allah kita terpelihara, negara terpelihara,” katanya dalam satu hantaran ringkas di Facebook miliknya sebentar tadi.

Difahamkan, kenyataan itu merujuk kepada keputusan yang bakal diberikan pada hari ini oleh Yang di-Pertuan Agong.

Semalam, media melaporkan mengenai perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara yang akan diadakan pada hari ini, 24 November bagi membuat keputusan pelantikan calon Perdana Menteri ke-10.

Perkara itu dititahkan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang memperkenan Istana Negara menganjurkan perbincangan itu.

Sumber: Abdul Hadi Awang via Facebook

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*