PM Turki ucap tahniah Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke10.. INI PULA Reaksinya…

PM Turki ucap tahniah Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke10.. INI PULA Reaksinya…

Siapa sangka, sewaktu sidang media yang berlaku sedikit ‘gangguan’ apabila Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat panggilan telefon dari Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dan menjawabnya dalam masa yang sama.

Perbualan antara kedua-dua pemipin itu didengari semua pihak yang hadir sidang akhbar berkenaan yang diadakan di Sungai Long Club House, Kajang, Selangor.

Dalam panggilan berkenaan, Anwar Ibrahim menerima ucapan tahniah daripada Erdogan atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri yang ke-10.

Malah, turut kedengaran beliau akan memastikan kerjasama Malaysia dan Turkiye diperkukuhkan lagi.

Terdahulu, Anwar,75, yang juga Ahli Parlimen Tambun itu selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara pada jam 5 petang tadi.

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia itu disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Pelantikan tersebut berikutan perkenan Seri Paduka Baginda selepas mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu pada sebelah pagi hari yang sama.

Sekadar info, Anwar dipercayai akan menerajui kerajaan Persekutuan baharu menggabungkan antara tiga parti iaitu PH, Barisan Nasional (BN) dan GPS.
Sumber: Utusan Malaysia

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*