Perikatan Nasional Berpendirian Untuk Tidak Sertai Kerajaan Yang Diterajui PH – Muhyiddin

Perikatan Nasional Berpendirian Untuk Tidak Sertai Kerajaan Yang Diterajui PH – Muhyiddin

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa parti itu berpendirian untuk tidak menyertai kerajaan Perpaduan.

Sebaliknya, PN akan memainkan peranan sebagai pembangkang yang berwibawa untuk membawa suara rakyat ke Parlimen.

“Perikatan Nasional mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tawaran supaya Perikatan Nasional menyertai Kerajaan Persekutuan pimpinan beliau.

“Namun atas semangat untuk menyuburkan demokrasi dan melaksanakan peranan semak dan imbang yang berkesan dalam Parlimen Malaysia, Perikatan Nasional berpendirian untuk tidak menyertai kerajaan yang diterajui oleh Pakatan Harapan,” katanya.

Menurutnya lagi, PN juga akan memastikan tadbir urus kerajaan yang berintegriti dan bebas rasuah selaras dengan prinsip Prihatin, Bersih dan Stabil.

“Demi untuk memastikan kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat, Perikatan Nasional bersedia untuk merintis bentuk-bentuk kerjasama yang lain dengan kerajaan dalam ruang lingkup hubungan antara kerajaan dan pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan.

Sumber: Twitter Muhyiddin Yassin

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*