Tak Sangka Ini Jwpan Rossa Sera, Bila Abby Abadi Tanya Shuk Bila Nak Kahwin Dgn Kekasih Baru

Tak Sangka Ini Jwpan Rossa Sera, Bila Abby Abadi Tanya Shuk Bila Nak Kahwin Dgn Kekasih Baru

Pelakon Abby Abadi berseloroh membahan pelawak, Shuk Sahar yang datang ke rumahnya untuk penghantaran produk wajah. Menerusi perkongsiannya di TikTok, Abby seakan-akan memerli dengan bertanyakan tentang status hubungannya dengan wanita yang dikenali sebagai Farah yang juga didakwa punca keruntuhan rumahtangga Shuk dan Rossa Sera.

“Farah sihat? Bila nak kahwin dengan Farah? Wujud lagi tak Farah?,” tanya Abby. Melalui video tersebut, Shuk kelihatan tidak selesa dengan pertanyaan itu dan hanya ketawa sambil mengawal rasa malu.

LIHAT VIDEO DISINI

“Apa ni kak? Bahaya nya video dia ni,” ujar Shuk. Namun begitu, Abby telah memohon maaf di kapsyen video tersebut.Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan soalan yang diajukan oleh Abby kepada Shuk.

“Hehehe terus bagi depan-depan ye. “Hahaha terbaik kak Abby. Bahan belakang x, bahan depan . “Hahahaha kelakar lar,” komen netizen. Malah, Sera turut meninggalkan komen dengan menandakan setuju dengan tindakan Abby.

Ini Respon Serra, Isteri Syuk..
“Ngam!!!,” kata Sera.

Pada masa sama, bekas pengacara program I Can See Your Voice itu turut mengakui sedang proses untuk cuba memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini.“Kalau kita buat salah, berani akui salah silap kita, hadapilah kesan daripada kesalahan yang telah kita lakukan dan cuba perbaiki salah kita. Maafkan aku,” katanya.Menerusi hantaran yang dikongsikan itu, Shuk turut memuat naik sekeping foto berada di dalam sebuah masjid dipercayai di Turkiye dalam persinggahannya bersama jemaah lain untuk ke Mekah melakukan ibadah umrah.

Dalam ruangan komen, rata-rata pengikutnya meninggalkan kata-kata positif terhadapnya, malah ada dalam kalangan netizen turut memuji Shuk atas keberaniannya mengakui kesalahan lamanya.“Satu aku nak puji Shuk kerana dia berani mengaku silap. Jarang lelaki begini. Selalunya akan menafikan kesalahan dan bersikap ego. Kita semua pendosa. Semoga diberi kesempatan untuk perbaiki diri,” kata seorang pengikutnya.

“Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan yang baik untuk mendapat umrah yang mabrur,” ujar seorang lagi pengikutnya.Dalam satu hantaran berbeza, Shuk yang disoal netizen sama ada dia merindui untuk melawak di atas pentas mengakui sangat merindui komedi itu yang telah membesarkan namanya dalam dunia seni hiburan.“Ada orang tanya saya tak rindu ke nak melawak lagi? Saya tak rindu ke nak jadi pengacara, buat kemunculan semula?

“Sumpah aku rindu. Rindu nak melawak, rindu nak jadi pengacara. Rindu nak bercakap dengan kawan-kawan dalam radio,” tulisnya ringkasTerdahulu, nama dan juga karier Shuk dalam dunia hiburan sebagai pelawak, pengacara dan penyampai radio musnah selepas beberapa kali terpalit kontroversi melibatkan masalah kecurangan dalam rumah tangga bersama isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau dikenali sebagai Sera.

Isu pergolakan rumah tangganya tular dalam media sosial berikutan pendedahan Sera tentang Shuk yang didakwa berlaku curang bersama seorang wanita dikenali sebagai Fara Salleh.Susulan pendedahan kecurangannya, kehidupan Shuk mula terumbang-ambing. Bukan sahaja hilang pekerjaan sebagai penyampai radio dan tiada tawarann pekerjaan, dia mula mengalami masalah kewangan sehingga terpaksa menjual rumah banglo bernilai RM1.2 juta selain sudah jarang muncul dalam televisyen. Pada November tahun lalu, Sera dilaporkan sudah memfailkan cerai terhadap Shuk.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*