“Kant0i Pnggil ‘Sayang’ Ketika Live..”- Akhirnya Iman Troye Mngaku Hubungan Sebenar Dgn Danial

“Kant0i Pnggil ‘Sayang’ Ketika Live..”- Akhirnya Iman Troye Mngaku Hubungan Sebenar Dgn Danial

Sebelum ini, penyanyi, Iman Troye didakwa mempunyai hubungan istimewa bersama seorang TikTokers dikenali sebagai Danial. Mereka berdua dipercayai melakukan aksi ‘sweet’ ketika sesi live bersama. Lebih mencuri tumpuan, Danial telah memanggil Iman dengan panggilan ‘sayang’.

Tak sangka timbul spekulasi

Menerusi temubual ketika di Semi Final Muzik-Muzik (SFMM37) semalam, Imam berkata lelaki tersebut merupakan kawannya. Mereka berkenalan tidak sampai setahun dan hanya berbual menerusi group sahaja. Tambah Iman, dia tidak menyangka video tersebut telah mencetuskan kontroversi dalam kalangan netizen.

Tak sangka orang nak buat spekulasi macam tu. Tu semua gurauan sahaja. Kami kenal dari kawan-kawan. Memang kawan saja. Belakang kamera tak ada apa-apa. Untuk kenali hati budi kalau ikutkan Iman tak nak. Dia tahu perkara tu. Kami belakang kamera tak chat. Dekat situ saja kami in character.

Disoal sama ada sudah mencari pengganti ataupun tidak, Iman memberitahu dia masih dalam proses ‘recovery‘ dan mahu fokus dalam industri.

Saya rasa betul-betul kena fokus dalam industri. Cukup la saya enjoy zaman remaja. Sekarang saya dah 20 tahun. Pasal video tu bukan gimik. Itu sekadar bergurau dengan kawan-kawan. Saya pun tak tahu sama ada lelaki tersebut sudah ada teman wanita ataupun tidak. Saya tak pernah tanya.

Dah buat yang terbaik
Bercerita pula mengenai SFMM 37, Iman memberitahu dia sudah melakukan yang terbaik dan tidak mengharapkan apa-apa. Ujar Iman lagi, dia agak jauh jika dibandingkan dengan pesaing yang lain.

Iman dah cuba buat yang terbaik. Iman tak berharap masuk AJL, kalau masuk rezeki. Semi final ni pun dah rezeki. Bukan senang nak buat lagu seindah ini dan bekerja dengan abang Ezra. Iman tak berharap, kalau ada rezeki InsyaAllah. Persembahan malam ni fokus kepada baju sebab tu tak ada penari. Sesuai dengan Nang. Lagu ni fokus seorang puteri. Memang agak jauh dengan yang lain. Iman enjoy dapat tengok senior buat persembahan seperti kak Marsha dan Jac. Sambil perform Iman belajar dengan senior.

Di akhir temubual, Iman berkata dia akan terus berusaha sekiranya lagu ‘Nang’ tidak layak ke pentas AJL.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*