
“Perkahwinan itu patut dihebah.. ” Surat undangan dah ada.. Tapi bila ditanya pasal kahwin.. Ini pula jawapan Safawi..
Kecoh pelakon dan pempengaruh Syifa Melvin dilaporkan bakal bergelar isteri kepada pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim iaitu Safawi Rashid pada 3 Disember ini.
Ia berikutan kad undangan perkahwinan majlis bertandang pihak Safawi pada tarikh berkenaan tersebar di laman sosial.
Syifa atau Nur Syifa Athirah Amirul Melvin, 28, bagaimanapun enggan mengesahkan perkara tersebut dan berasa hairan bagaimana perkara itu boleh tersebar ke pengetahuan umum.
Syifa enggan mengesahkan perkara yang belum terjadi.
“Penat kami simpan rahsia tetapi kantoi juga. Tidak mengapa, biarkan sahaja sebab itu kami pun mendiamkan diri. Kalau tarikh itu, anda nak percaya, percayalah.
“Hampa (hangpa) tunggulah 3 Disember ini, ada ke tidak,” katanya menerusi siaran langsung di Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Syifa menjelaskan dia enggan menghebahkan tentang perkahwinannya itu kerana masih belum ada ikatan sah di antara mereka.
Syifa berkata, sekiranya perkara itu dihebahkan sebelum waktunya, dia bimbang akan terkena penyakit ain memandangkan bukan semua orang gemar melihat kebahagiaan orang lain.
Kad Kahwin
Kad undangan perkahwinan pasangan itu yang tersebar.
“Kami cukup bimbang dengan penyakit ain sebab tak semua orang suka bila kita gembira. Orang berkahwin pun boleh bercerai, inikan pula yang bercinta.
LIHAT VIDEO DISINI
“Kalau ikutkan tak mahu beritahu pun. Bila dah jadi, baru nak kongsikan. Apa-apa pun doakan yang baik-baik buat kami,” jelasnya.
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Be the first to comment