
Nenek maut dibunuh, Farhan Asri mohon bantuan orang ramai kesan suspek
Pada 23 September lalu, berita tentang seorang warga emas berusia 70-an yang maut dipercayai dibunuh di Taman Paroi Jaya telah dikongsikan di laporan media.
Warga emas ditemui tidak sedarkan diri
Difahamkan, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas sofa ruang tamu rumahnya dengan kesan kecederaan di anggota badan serta beberapa barangan peribadi juga tiada.
Mohon bantuan peminat kesan suspek
Rupa-rupanya, mangsa yang meninggal dunia itu adalah nenek kepada pelakon muda, Farhan Asri apabila dia berkongsi gambar suspek di media sosialnya bagi meminta bantuan sesiapa yang dapat mengesan individu tersebut.
Menerusi muat naik di Instagram, Farhan memohon orang ramai supaya dapat memanjangkan perkara ini sehingga suspek dapat ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh neneknya, Datin Noraida Nordin.
View this post on Instagram
Keluarga masih trauma
Menerusi laporan dari Mstar, Farhan atau nama sebenarnya, Muhamad Farhan Mohd Adri, 25 memaklumkan yang ketika ini suspek masih lagi belum dapat diberkas. Dia dan keluarga akui masih lagi trauma dengan kejadian tersebut memandangkan kehilangan insan tersayang secara tiba-tiba dalam insiden yang sangat mengejutkan.
“Sehingga kini suspek yang mempunyai pertalian keluarga masih belum dapat ditangkap.
“Tetapi kami belum berputus harap untuk menuntut keadilan kematian nenek apatah lagi saya melihat sendiri keadaannya selepas kejadian hitam itu berlaku,” katanya.
View this post on Instagram
Pelik kenapa nenek gagal dihubungi
Bercerita tentang insiden tersebut, pelakon drama Cukup Derita Itu mengatakan bahawa mereka sekeluarga menyedari ada sesuatu yang tidak baik berlaku kepada nenek selepas gagal menghubungi warga emas berkenaan pada hari kejadian.
Menurut Farhan lagi, kebiasaannya mereka akan menelefon atau pergi ke rumah neneknya setiap hari untuk bertanya keadaan namun pada hari tersebut mereka tidak ke sana.
“Selepas Asar kami ada telefon nenek tetapi tidak berjawab. Kami mengandaikan sesuatu berlaku sama ada nenek jatuh bilik air atau tangga
“Apatah lagi datuk juga tidak berapa sihat kerana mengalami masalah katarak tetapi masih boleh mendengar dengan baik dan peka terhadap keadaan sekeliling,” katanya.
Difahamkan, sehingga ke hari ini, suspek masih gagal dikesan dan isteri suspek ada menyatakan yang suaminya ada membasuh baju selepas pulang ke rumah sebelum keluar dengan memakai baju berwarna putih.
Susulan daripada itu, Farhan dan seluruh keluarga meminta agar orang ramai yang tahu keberadaan suspek untuk memaklumkannya kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan yang mengorbankan neneknya.
Sumber: Instagram farhanasrii, Mstar (Ain Norman), Harian Metro (Mohd Amin Jalil)
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Be the first to comment