Selepas Ungku Ismail Bersuara, Bekas Suami Nad Zainal Pula Dedah Sesuatu Buat Ramai Berduka

Selepas Ungku Ismail Bersuara, Bekas Suami Nad Zainal Pula Dedah Sesuatu Buat Ramai Berduka

BEKAS suami kepada Nad Zainal iaitu Muhammad Faliq Amiruddin menitipkan doa agar pelakon itu segera sembuh selepas dilaporkan berada dalam keadaan kritikal akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Faliq berharap Nad atau nama sebenarnya Farah Nadiah Zainal Abidin, 32, kuat melawan sakit yang dihadapi demi dua orang anak mereka.”Awak kuat. Saya tahu. Kuat demi Yem (Fahad Ibrahim) dan Som (Budi Kalsom),” katanya.

Faliq menulis kata-kata tersebut menerusi satu hantaran di Instastory pada Rabu. Dalam pada itu, Faliq juga memohon orang ramai mendoakan Nad yang kini sedang bertarung melawan penyakit di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur. Berita pelakon drama Cina Buta ini dimasukkan ke hospital mula mendapat perhatian ramai selepas rakan artis iaitu Ungku Ismail berkongsi perkara tersebut di laman sosial.

Dalam temu bual bersama mStar, Ungku memaklumkan Nad berada dalam keadaan kritikan selepas doktor mendapati terdapat pendarahan pada paru-paru. Susulan itu, Nad perlu menjalani beberapa rawatan bagi masaalah tersebut. Untuk rekod Nad dan Faliq mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom yang kini berusia setahun. Awal September lalu, Nad mengumumkan rumah tangga yang dibina bersama suami selama tujuh tahun berakhir dengan perceraian.

“Seolah saya ni batak & gelojoh..”- Ungku Ismail Azi
Pelakon Ungku Ismail Aziz, 36, meluahkan rasa kecewanya apabila mendakwa kisah cinta dengan pelakon Nad Zainal yang kini terlantar sakit lebih menjadi perhatian berbanding harapan doa kesembuhan yang dititip untuk dikongsikannya kepada orang ramai.

Menerusi perkongsian dibuat di Instagram Story malam semalam, Ungku Ismail berkata dia sebelum ini memberikan kerjasama baik untuk berkongsi keadaan kesihatan Nad bagi memohon doa daripada orang ramai buat kesembuhan ibu tunggal dua anak itu agar sihat semula.

“Assalammualaikum. Kecewa. Bila saya sentiasa ikhlas menyampaikan ‘update’ (perkembangan terkini) kesihatan Nad Zainal, ada juga pihak yang cuba menggunakan cakap saya, seolah-olah saya ini batak dan gelojoh tentang perhubungan dan kerja.

“Seolahnya saya mengambil kesempatan dari keadaan ini, untuk promosi diri dan kerja saya sehingga ada kenyataan menyentak perasaan, menukil persoalan tentang akal dan kematangan saya.

“Ada perkataan-perkataan yang saya tak ada sebut pun. Yang saya minta ‘push’ (tekankan) dengan ‘heading provoke’ (tajuk memprovokasi) semua untuk berdoa untuk Nad, hanya awalan sahaja. Pudar sudah, dijoloknya semua dengan hal peribadi yang tidak tepat dan ajakan berdoa itu menjadi ‘minor’ (kecil) dan irrelevant (tidak relevan).

“Ini sudah bukan apa yang saya mahukan untuk disebarkan tentang keadaan Nad. Nyawa dan kesihatan dia yang utama, keduanya emosi dan perasaan ahli keluarga, kawan-kawan dan beberapa pihak lain,” tulisnya.

Ungku Ismail yang juga rakan gandingan Nad dalam drama Cina Buta berkata, kini sudah tentu bukan masa untuknya menjaja apa-apa cerita tentang hubungan dan kerjaya, berbanding perkongsian terkini berkaitan keadaan Nad.

“Saya mulai kini, tidak akan memberi apa-apa ‘statement update’ (kenyataan terkini) lagi tentang keadaan Nad Zainal dan apa sahaja, sila rujuk pada sumber yang lain. Terima kasih,” tulisnya.

Ungku turut meninggalkan dua tanda pagar iaitu #TiadaBenci dan #MariSalingMenghormati. Katanya, apapun dia memohon agar kita semua terus mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Nad untuk kembali sembuh seperti sedia kala dan jangan pernah berhenti menitip doa buatnya.

Baru-baru ini, Ungku Ismail mengesahkan yang dia kini sedang rapat dengan Nad Zainal, 32, tanpa berselindung dan mengakui merindui teman wanitanya itu.

Menurutnya, sejak Nad sakit, kehidupannya yang selama ini ceria kini bertukar sunyi. Terdahulu, Nad dilaporkan tidak sedarkan diri dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor akibat jangkitan kuman di paru-paru pada 22 November lalu.

Bagaimanapun, kini keadaan Nad dilaporkan semakin positif apabila kadar kebergantunganya terhadap mesin oksigen semakin berkurangan, walaupun masih ditidurkan berikutan keadaan paru-parunya masih belum betul-betul kuat.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*