Baru Je Nad Zainal Sedar & Buka Mata, Ini Pula Yang Akan Dilakukan Oleh Keluarga Nad Zainal

Baru Je Nad Zainal Sedar & Buka Mata, Ini Pula Yang Akan Dilakukan Oleh Keluarga Nad Zainal

Sejak berita tentang pelakon, Nad Zainal dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) disebabkan jankitan kuman pada paru-paru, ramai rakan artis menguar-uarkan tahap kesihatan selebriti itu dan memohon orang ramai supaya dapat sama-sama mendoakan kesembuhannya. Terbaharu, pengarah drama terkenal, Shahrulezad Mohameddin turut menjelaskan keadaan Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal di Instagram.

Menerusi hantaran terkini, Shahrulezad atau mesra disapa Budak Ijat memaklumkan tahap kesihatan Nad Zainal pada masa ini semakin baik berbanding semalam.

“Alhamdulillah, keadaan Nad semakin baik berbanding semalam. “Kadar kebergantungan dia pada mesin oksigen semakin berkurangan. Luka-luka di paru-parunya semakin sembuh. Paru-paru dah mula berfungsi dengan lebih bagus. Cuma, doktor tidak mahu memaksa sangat,”ujarnya.

Selain itu, Shahrulezad mengatakan sesekali aktres berusia 32 tahun itu ada membuka matanya sebelum tidur semula. Mengulas lanjut, Shahrulezad bersyukur kerana pengambilan sebahagian ubat-ubatan sudah mula dikurangnya dan ada juga diberhentikan apabila melihat keadaan Nad yang semakin pulih.

“Syukur tak terhingga, Terima kasih Allah yang telah kabulkan doa kita semua. Saya harap kita akan terus berdoa. Selain dari untuk Nanad sendiri, kita juga perlu doakan untuk mereka lain yang memerlukannya,”tulisnya di ruangan hantaran berkenaan. Di kesempatan itu, dia yang juga penerbit tersohor mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang tidak henti-henti mendoakan kesembuhan Nad Zainal.

“Hanya Allah sahaja yang mampu membalas doa ikhlas kalian. Sekali lagi, terima kasih yang tak terhingga,”luahnya. Sementara itu, dia juga memberitahu akan mengadakan majlis bacaan doa selamat dan solat hajat untuk Nad Zainal bertempat di Masjid Al Mustaqim, Jalan Ampang Putra pada jam 6.45 petang.

Nad Zainal kini dirawat di ICU akibat jangkitan kuman di paru- paru

Pelakon Nad Zainal dilaporkan tidak sedarkan diri dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor akibat jangkitan kuman di paru-paru.Menurut pengarah dan penerbit, Shahrulezad Mohameddin, setakat petang tadi Nad dilaporkan stabil, namun, masih berada dalam pemantauan doktor.

“Saya sangat terperanjat apabila Nad dikejarkan ke hospital menaiki ambulans malam semalam dan setakat petang tadi, dia masih ditempatkan di ICU serta tidak sedarkan diri.”Kemungkinan dia terpaksa ditidurkan kerana nak pastikan paru-parunya berada dalam keadaan baik. Alhamdulillah, keadaannya juga dikatakan stabil.

“Saya pun tak dapat nak kongsikan lebih lanjut mengenai keadaannya, sebab dia berada di ICU. Nak melawat dia pun tak boleh sekarang ini. “Selain risaukan dia , saya juga bimbangkan anak-anaknya yang kini dijaga oleh pembantu peribadinya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Shahrulezad, dia memohon peminat dan orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan Nad supaya cepat sembuh dan kembali sihat. “Kami sebenarnya serba salah nak promosikan drama kami yang bakal ditayangkan di Astro Ria memandangkan keadaannya (Nad) yang tidak mengizinkan ketika ini.

“Tapi, saya bersama rakan selebriti serta pasukan produksi berikhtiar dengan melakukan solat hajat dan bacaan Yaasin supaya dia kembali sihat serta mendoakan yang terbaik untuknya.

“Dua minggu lepas dia ada berjumpa dengan saya. Ketika itu, keadaan dia okey saja, cuma nampaklah wajahnya sedikit letih dan stres. Tak sangka pula dia sedang menanggung kesakitan dan rasanya dia pun tak tahu mengenai penyakitnya itu,” katanya.

Terdahulu, pelakon gandingan Nad dalam drama Cina Buta, Ungku Ismail menerusi Instagram Story miliknya memohon orang ramai mendoakan keadaan ibu tunggal dua anak itu yang kini dirawat di ICU.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*