Alhamdulillah, Safawi & Syifa Melvin Baru Je Selesai Nikah, Tak Sangka Ini Mas Kahwin Yang Diberi

Alhamdulillah, Safawi & Syifa Melvin Baru Je Selesai Nikah, Tak Sangka Ini Mas Kahwin Yang Diberi

Teka teki akhirnya terjawab, adik kepada pelakon terkenal, Syatilla Melvin iaitu Syifa Melvin, 28, sah bergelar isteri kepada pemain pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid, 25, di sebuah majlis akad nikah yang berlangsung sebentar tadi.

Difahamkan majlis pernikahan yang bertemakan bertemakan pakaian serba putih dan menutup aurat yang dilakukan di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya secara tertutup dan turut dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pasangan, saudara mara, rakan serta tetamu yang lain.

Kedua-dua mempelai diijabkabulkan tepat jam tadi dengan mas kahwin sebentuk cincin.

Terdahulu, tular sebuah video menerusi aplikasi TikTok sehingga timbul satu dakwaan pemain bola sepak berusia 25 tahun itu bakal mendirikan rumah tangga bersama kekasih hatinya.

Dalam video berkenaan, dilihat Safawi yang juga pemain sayap kelab JDT berada di atas padang sambil ditonton oleh penyokong. Walau bagaimanapun, apa yang menarik perhatian ramai adalah ramai bersorak dengan lagu pengantin kepada Safawi.

Barisan kejurulatihan Harimau Malaya hadir bagi memeriahkan majlis perkahwinan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) Safawi Rasid dengan pempengaruh dan pelakon, Syifa Melvin, malam ini. Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon dan pembantunya tiba pada 8 malam sebelum disambut oleh ahli keluarga Syifa di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Namun, kelibat pemain JDT tidak kelihatan kerana difahamkan mereka sedang mengharungi perlawanan persahabatan menentang kelab Jerman, Borussia Dortmund di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), malam ini.

Kira-kira 300 tetamu hadir pada majlis perkahwinan sebelah perempuan itu dengan mereka berpakaian putih mengikut tema yang ditetapkan. Seorang ahli keluarga pengantin lelaki yang ditemui memberitahu, sememangnya majlis pada malam ini tidak mahu dihebohkan atas permintaan kedua-dua pasangan itu.

“Memang malam ini hanya menjemput tetamu tertentu saja. Mungkin sebelah lelaki nanti akan dihebahkan dan menjemput tetamu lebih ramai,” katanya. Terdahulu, pada aksi final Piala Malaysia Sabtu lalu, tonggak JDT itu ‘hilang’ daripada senarai pemain pasukan dipercayai sibuk melakukan persiapan untuk majlis perkahwinannya.

Malah, kehilangan pemain dari Dungun, Terengganu itu menjadi persoalan dalam kalangan penyokong bola sepak tanah air sehingga ada yang mendakwa Safawi sudah menerima tawaran daripada kelab lain.

Selain itu, Safawi mengeluarkan kenyataan di Tiktok miliknya menyatakan jika ada rezeki dan jodoh, dia akan menamatkan zaman bujangnya dalam waktu terdekat ini. “Ada rezeki, jodoh, saya akan kahwin. Anda jangan risau, nantikan sahaja,” katanya.

Selepas tersebar kad undangan majlis ijab dan qabul pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid, 25, dan pasangannya juga pempengaruh Syifa Melvin, 28, yang difahamkan berlangsung malam ini, dikongsikan pula oleh seorang pemilik akaun Tik Tok, video malam berinai mereka.

Menerusi video dengan kapsyen ‘Malam Berinai Syifa Melvin & Safawi Rasid’ yang berdurasi 13 saat daripada akaun Tik Tok, miamia_mia11 itu, kedua-dua bakal pengantin tersenyum menunjukkan tangan mereka yang siap berinai.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*