“Nad Dilaporkan Sudah..”- Rakan Beritahu Ini Yang Berlaku Dgn Nad Zainal Buat Ramai Berdoa

“Nad Dilaporkan Sudah..”- Rakan Beritahu Ini Yang Berlaku Dgn Nad Zainal Buat Ramai Berdoa

Difahamkan, tahap oksigen dalam badan Nad turut menunjukkan peningkatan berbanding beberapa hari sebelum ini. Dalam pada itu, pelawat tidak digalakkan datang ke wad untuk melihat keadaan terkini aktres itu. “Dengan itu, siapa-siapa yang datang tidak digalakkan untuk masuk ke wad Nad. Boleh jumpa ahli keluarga semua di lounge,” akhirinya dengan tanda pagar Pray For Nad Zainal.

Pelakon Nad Zainal dilaporkan tidak sedarkan diri dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor akibat jangkitan kuman di paru-paru.Menurut pengarah dan penerbit, Shahrulezad Mohameddin, setakat petang tadi Nad dilaporkan stabil, namun, masih berada dalam pemantauan doktor.

“Saya sangat terperanjat apabila Nad dikejarkan ke hospital menaiki ambulans malam semalam dan setakat petang tadi, dia masih ditempatkan di ICU serta tidak sedarkan diri.”Kemungkinan dia terpaksa ditidurkan kerana nak pastikan paru-parunya berada dalam keadaan baik. Alhamdulillah, keadaannya juga dikatakan stabil.

“Saya pun tak dapat nak kongsikan lebih lanjut mengenai keadaannya, sebab dia berada di ICU. Nak melawat dia pun tak boleh sekarang ini. “Selain risaukan dia , saya juga bimbangkan anak-anaknya yang kini dijaga oleh pembantu peribadinya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Shahrulezad, dia memohon peminat dan orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan Nad supaya cepat sembuh dan kembali sihat. “Kami sebenarnya serba salah nak promosikan drama kami yang bakal ditayangkan di Astro Ria memandangkan keadaannya (Nad) yang tidak mengizinkan ketika ini.

“Tapi, saya bersama rakan selebriti serta pasukan produksi berikhtiar dengan melakukan solat hajat dan bacaan Yaasin supaya dia kembali sihat serta mendoakan yang terbaik untuknya.

“Dua minggu lepas dia ada berjumpa dengan saya. Ketika itu, keadaan dia okey saja, cuma nampaklah wajahnya sedikit letih dan stres. Tak sangka pula dia sedang menanggung kesakitan dan rasanya dia pun tak tahu mengenai penyakitnya itu,” katanya.

Terdahulu, pelakon gandingan Nad dalam drama Cina Buta, Ungku Ismail menerusi Instagram Story miliknya memohon orang ramai mendoakan keadaan ibu tunggal dua anak itu yang kini dirawat di ICU.

Nad Zainal dilaporkan sudah kurang bergantung kepada mesin oksigen
Keadaan pelakon, Nad Zainal dilaporkan semakin baik apabila sudah kurang bergantung kepada mesin oksigen dan mula membuka mata sebelum tidur semula.

Perkembangan terkini itu dimaklumkan pengarah, Shahrulezad Mohameddin yang turut memberitahu luka pada bahagian paru-paru pelakon Hati Yang Tersakiti itu semakin sembuh dan ia turut berfungsi dengan lebih baik.

Malah, katanya, sebahagian dos ubat juga mula dikurangkan dan diberhentikan selepas doktor melihat keadaan Nad atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal Abidin semakin stabil.

“Cuma, doktor tidak mahu memaksa sangat. Sekali-sekala, Nad ada membuka matanya dan tidur semula.

“Syukur tidak terhingga. Terima kasih Allah SWT yang telah mengabulkan doa kita semua. Saya harap kita akan terus berdoa. Saya mewakili keluarga dan sahabat Nad dengan rendah diri ingin mengucapkan terima kasih di atas doa tulus kalian,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.

Minggu lalu, ibu dua cahaya mata itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Ampang selepas mengadu tidak sihat dan mengalami sakit dada serta kesukaran bernafas.

Keadaan pelakon itu dilaporkan kritikal selepas doktor mengenal pasti berlaku jangkitan kuman pada paru-parunya, selain pendarahan pada organ tersebut.

Shahrulezad turut memaklumkan, majlis doa selamat dan solat hajat bagi mendoakan kesembuhan Nad akan diadakan di Masjid al-Mustaqim, Jalan Ampang Putra, Ampang, pada pukul 6.45 petang ini.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*