Inai Masih Merah Dijari, Isteri Sebak Suami ‘Pergi’ Dijemput Ilahi 26 Hari Selepas Bernikah – ‘Biey Janji Nak Jaga Sayang Sampai Akhir Hayat..’

Inai Masih Merah Dijari, Isteri Sebak Suami ‘Pergi’ Dijemput Ilahi 26 Hari Selepas Bernikah – ‘Biey Janji Nak Jaga Sayang Sampai Akhir Hayat..’

Rezeki, jodoh, ajal dan pertemuan adalah rahsia Allah SWT. Kita hanya mampu merancang dan Allah SWT yang menentukan segalanya. Sebagai manusia, kita perlu yakin dan percaya dengan segala ketentuan yang ditetapkan olehNya.

Suami meninggal 26 hari lepas bernikah

LIHAT VIDEO DISINI

Menerusi beberapa video yang dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai Cik Bunga di TikTok, berkongsi kisah yang tidak akan dilupakan olehnya pada tiga bulan yang lalu apabila suami tersayang meninggal dunia selepas hanya 26 hari mereka mendirikan rumah tangga.

Suami saya telah kembali ke rahmatullah pada 26 Oktober 2022. Kami hanya sempat bergelar suami isteri selama 26 hari.

Siapa sangka janji yang pernah dilafazkan oleh suaminya untuk menjaganya hingga akhir hayat menjadi kenyataan dalam masa yang begitu singkat sekali.

Biey (nama panggilan arwah) tak nak sayang tinggalkan biey tapi hari ini biey tinggalkan sayang buat selamanya. Biey kotakan janji untuk jaga sayang sampai akhir hayat biey.

Ternyata hari ini janji tu tepat. Semoga syurga buatmu sayang. Sayang tak kuat biey.

Walau bagaimanapun, punca Allahyarham Mohd Nazri bin Mat Nawi tidak dedahkan. Lebih pilu, inai dijari masih lagi merah ketika si isteri memuat naik video di TikTok. Malah, emosinya terkesan kerana merindui suami tersayang yang sudah pergi menghadap Ilahi.

‘Sayang rindu sangat-sangat’

LIHAT VIDEO DISINI

Sumber@cik_bungaofficial87

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*