
“Kecilmu Tidak Bersama Kami” – Safawi Rasid Hanya Tunduk, Lap Air Mata Dengar Ucapan Adik Beradik
Lama menjalin hubungan cinta, pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid akhirnya telah selamat bernikah dengan pilihan hatinya yang juga pempengaruh popular, Syifa Melvin.
Dalam majlis penuh meriah itu, kedua-dua belah keluarga tampil memberikan ucapan buat pasangan pengantin. Antara yang menarik perhatian netizen adalah ucapan wakil keluarga Safawi Rasid.
LIHAT VIDEO DISINI
Video yang dimuat naik semula oleh pengguna TikTok @ciknon90 itu menunjukkan Safawi hanya menunduk dan lap air mata yang tumpah ketika abangnya membacakan tulisan daripada adik beradiknya di pentas.
Assalamualaikum Safawi, engkaulah salah satu permata yang menolong dan membantu kami dalam membahagiakan ayahanda dan bonda iaitu Ma dan Abah. Kecilmu tidak bersama kami. Memang pada waktu kecil kami tak sempat bersama, saya dengan dia beza 15 tahun. Memang tak bersama termasuklah yang lain.
Walaupun ucapan simple je ucapannya, tapi ianya jelas menyentuh jiwa bintang bola sepak terkenal itu. Sampai Safawi hanya mampu tunduk je hingga ke akhirnya.
Kecilmu tidak bersama kami, hari-hari kakimu memijak padang rumput. Itulah kerja dia. Sehingga menganjak dirimu ke pentas ini iaitu pada hari ini seperti mana yang Allah telah pilih pada hari ini. Sungguh kami bangga denganmu Safawi. Alangkah bahagianya ibu yang melahirkan anak sebaikmu, sejuk juga titik peluh ayahanda sehingga berdiri gagah Safawi pada hari ini. Selamat menjalani hari-hari bahagiamu Safawi bersama dengan Syifa.
Di akhir ucapan, abang Safawi mendoakan mempelai itu semoga bahagia ke akhirnya hayat dan sentiasa dipayungi rahmat daripada Allah SWT.
Kredit: TikTok @ciknon90
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Be the first to comment