“Tak boleh nak gembira sangat” – Dikhabarkn sudah gerakkan kepala, Ini rupanya yg dktor lakukan pada Nanad sejak 3 hari lalu.

“Tak boleh nak gembira sangat” – Dikhabarkn sudah gerakkan kepala, Ini rupanya yg dktor lakukan pada Nanad sejak 3 hari lalu.

Pelakon Ungku Ismail berkongsi perkembangan terkini Nad Zainal yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) KPJ Ampang Puteri sejak minggu lalu.

Menerusi hantaran video di Instagram, Ungku Ismail memaklumkan Nad menunjukkan perkembangan positif sejak tiga hari lalu dan sudah mula sedarkan diri.

“Setiap hari ada perkembangan yang kecil. Tapi dalam masa yang sama ada keadaan agak membimbangkan juga apabila tiba-tiba oksigen serta darah tingginya naik turun

“Bagaimana pun Alhamdulillah ada progress..Dalam 3 hari lalu doktor dah kurangkan dos ubat tidurnya. Jadi dia ada buka mata serta gerak-gerakkan tangan..bila kita bercakap dengan dia hanya boleh menganggukkan kepala.

“Pada mulanya dia sedar itu dia agak panik apabila melihat keadaan di hospital tapi, kami cuba tenangkan dia. Dia sedar sekejap sahaja,” katanya.
Meskipun menunjukkan perkembangan positif setiap hari, Nad masih memerlukan pemantauan rapi di ICU.

“Nad masih dalam ICU, maka dia masih dalam keadaan kritikal. Tak boleh nak gembira sangat kerana masih menunggu untuk paru-parunya betul-betul sembuh kerana kini mesin pernafasan masih belum cabut wapaun kadarnya sudah dikurangkan.

“Selagi mesin pernafasan belum cabut saya masih tak keruan begitu juga keluarganya tak keruan melihat anak tunggalnya,” ujarnya.

Itu merupakan perkongsian pertama Ungku Ismail selepas didakwa ‘merajuk’ dan berkecil hati dengan netizen.

“Saya tak merajuk, cuma saya terkilan apabila maklumat yang cuba saya sampaikan telah terpesong…Bila saya suruh doa tapi orang doakan hubungan saya pula.

“Saya ingatkan orang fokus mengenai keadaan Nad. Tapi video ini saya tujukan kepada ramai, boleh kata beribu yang DM meminta saya update perkembangan terbaharu Nad,” jelasnya.

Justeru, Ungku Ismail tidak putus-putus meminta agar semua terus mendoakan kesihatan Nad agar segera sembuh.

Terdahulu, Nad atau nama penuhnya, Farah Nadia Zainal Abidin dilaporkan ditidurkan sejak minggu lalu susulan pendarahan pada bahagian paru-paru.
Ungku Ismail serta pengarah Sharulezah atau Budak Ijat antara dua rakannya yang sering memaklumkan perkembangan terkini Nad hampir setiap hari.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ungku Ismail Aziz (@ungkuismailaziz)

Sumber : Gempak

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*