Ibu saja yg faham, Bibir Nad Bergerak, Rupanya Ini Yg Nad Zainal Sampaikan..

Ibu saja yg faham, Bibir Nad Bergerak, Rupanya Ini Yg Nad Zainal Sampaikan..

Pelakon, Ungku Ismail Aziz berkongsi keadaan terkini Nad Zainal yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak minggu lalu di sebuah pusat perubatan di ibu kota.

“Ada Waktu Dia Cuba Mahu Bercakap..”

Menurut Ungku, Nad kadangkala cuba mahu menggerakkan bibir untuk bercakap, namun masih tidak dapat difahami butir kata yang diucap olehnya.

“Dia adalah seperti semalam, cuma makin celik, mata laloknya semakin berkurangan. Alhamdulillah.

Ada waktu dia mahu cuba bercakap, tapi sudah tentu nampak bibir je gerak dan tak faham. Maka selamat meneka apa yang dia cuba nak cakap masa tu. Mama Nad dapat teka dia bertanyakan anak dia,Yem.”-Kongsi Ungku Ismail

Perlu Rehat Yang Cukup

Tambahnya lagi, pihak doktor masih mahu Nad Zainal mendapat rehat yang secukupnya untuk mengelakkan kesihatannya terjejas.

“Doktor mahukan dia berehat sepenuhnya, jika dia stress dan struggle banyak, akan menjejaskan laporan harian kesihatan dia, dan langkah pulih seterusnya mungkin akan menjadi perlahan.”-Tambahnya lagi

Sama-sama kita doakan agar Nad Zainal diberikan kesembuhan yang cepat..

sebagi rekod, Keadaan terkini Nad Zainal difahamkan kian beransur sembuh walaupun masih menerima rawatan di hospital susulan jangkitan kuman pada paru-parunya. Baru-baru ini, rakan-rakan artis telah berikhtiar membantu Nad dengan membuka tabung sesama mereka dan juga kepada orang ramai untuk meringankan beban keluarga dalam membiayai kos rawatan pelakon tersebut.

Sumbangan rakan2 artis , Antara yang membuka tabung untuk Nad Zainal adalah Sharifah Shahirah dan rakan-rakan artis yang lain termasuklah Sherry Alhadad.

Dah cecah lebih RM18 ribu , Dalam perkongsian yang dibuat, dia telah memuat naik jumlah terkini tabung tersebut yang mencecah lebih dari RM18,000 .

Ujar penyampai radio Suria FM itu, sumbangan berkenaan akan diberikan kepada ibu bapa Nad Zainal bagi meringankan sedikit kos rawatan pelakon tersebut.

“Salam semua. Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang memberi sumbangan. Ini jumlah terkini jam 10.15 am (30 November). Sumbangan ini akan kami sampaikan kepada ibu bapa Nad Zainal. “Siapa yang masih ingin menghulurkan bantuan masih boleh menggunakan akaun ini. Nanti kami akan update dari masa ke semasa

Mewakili keluarga, kami ucapkan berbanyak terima kasih kepada yang telah memberikan sumbangan. Semoga usaha kecil kita ini di rahmati Allah,” tulisnya. Terdahulu, rakan artis, Ungku Ismail telah mengayatakan kondisi terkini Nad yang semakin menunjukan perkembangan positif. Dia juga turut menjelaskan keadaan sebenar pemilik nama Farah Nadia Zainal itu supaya tidak ada salah faham dalam kalangan netizen.

Nad Zainal kini dirawat di ICU akibat jangkitan kuman di paru- paru

Pelakon Nad Zainal dilaporkan tidak sedarkan diri dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor akibat jangkitan kuman di paru-paru.Menurut pengarah dan penerbit, Shahrulezad Mohameddin, setakat petang tadi Nad dilaporkan stabil, namun, masih berada dalam pemantauan doktor.

“Saya sangat terperanjat apabila Nad dikejarkan ke hospital menaiki ambulans malam semalam dan setakat petang tadi, dia masih ditempatkan di ICU serta tidak sedarkan diri.”Kemungkinan dia terpaksa ditidurkan kerana nak pastikan paru-parunya berada dalam keadaan baik. Alhamdulillah, keadaannya juga dikatakan stabil.

“Saya pun tak dapat nak kongsikan lebih lanjut mengenai keadaannya, sebab dia berada di ICU. Nak melawat dia pun tak boleh sekarang ini. “Selain risaukan dia , saya juga bimbangkan anak-anaknya yang kini dijaga oleh pembantu peribadinya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Shahrulezad, dia memohon peminat dan orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan Nad supaya cepat sembuh dan kembali sihat. “Kami sebenarnya serba salah nak promosikan drama kami yang bakal ditayangkan di Astro Ria memandangkan keadaannya (Nad) yang tidak mengizinkan ketika ini.

“Tapi, saya bersama rakan selebriti serta pasukan produksi berikhtiar dengan melakukan solat hajat dan bacaan Yaasin supaya dia kembali sihat serta mendoakan yang terbaik untuknya.

“Dua minggu lepas dia ada berjumpa dengan saya. Ketika itu, keadaan dia okey saja, cuma nampaklah wajahnya sedikit letih dan stres. Tak sangka pula dia sedang menanggung kesakitan dan rasanya dia pun tak tahu mengenai penyakitnya itu,” katanya.

Terdahulu, pelakon gandingan Nad dalam drama Cina Buta, Ungku Ismail menerusi Instagram Story miliknya memohon orang ramai mendoakan keadaan ibu tunggal dua anak itu yang kini dirawat di ICU.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*