Akhirnya PM Telah Umumkan, Ini Senarai Menteri & Jawatan Mereka Dalam Kerajaan

Akhirnya PM Telah Umumkan, Ini Senarai Menteri & Jawatan Mereka Dalam Kerajaan

Putrajaya: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan senarai barisan Kabinet bagi kerajaan perpaduan di sini, hari ini. Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dinamakan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof dinamakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi.

Senarai penuh barisan Kabinet diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi tadi untuk perkenan agar lantikan segera dapat dilaksanakan. Menurut Anwar, barisan Kabinet akan dipanggil ke mesyuarat khas Isnin ini untuk penetapan peraturan-peraturan baharu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dianggap orang yang paling layak memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) setakat ini. Ini kerana Ahmad Zahid dikatakan sebagai ketua parti yang berpengalaman dan bertanggungjawab memastikan Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempurna dengan penglibatan BN.

Meskipun Pengerusi BN itu mempunyai kes yang sedang berjalan di mahkamah namun itu bukan penghalang untuk beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.Ini terbukti apabila seramai 130 Ketua UMNO Bahagian termasuk Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) menyuarakan solidariti terhadap Ahmad Zahid sebagai Presiden UMNO baru-baru ini.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii berkata, keputusan mengenai pelantikan jawatan TPM itu perlu dibuat dengan ‘kembali’ kepada hierarki dan keputusan parti. Beliau berkata, berdasarkan hierarki parti, Ahmad Zahid adalah calon yang perlu menggalas jawatan berkenaan. Ahmad Zahid sebelum ini didesak untuk berundur selepas kekalahan teruk BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut Tun Mahathir, dalam sistem undang-undang, seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah dan Ahmad Zahid akan dikatakan oleh pihak berkenaan masih layak menjadi TPM. Namun, Exco Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin pula mencadangkan Timbalan Presiden parti tersebut, Datuk Seri Mohamad Hasan diangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan berikutan kredibilitinya diterima rakyat dan parti.

Jelas Muqharabbin, kemenangan besar Mohamad atau lebih dikenali Tok Mat di Parlimen Rembau dan pengamalan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan mampu memberi impak positif.Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan dua jawatan Timbalan Perdana Menteri akan diwujudkan bawah kabinetnya dalam kalangan wakil komponen Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata, jawatan Timbalan Perdana Menteri dijangka akan diberikan kepada blok terkuat lain dalam kerajaan perpaduan iaitu BN dan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Anwar berkata, itu adalah amalan biasa dalam setiap kerajaan kerana jawatan Perdana Menteri adalah dari Pakatan Harapan (PH), biasanya TPM (akan dipilih) dari parti komponen kuat yang lain.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*