“Mmg tak ada hati perut..”- Tergamak Sebar Nad Zainal Sudah Pergi, Ini Permintaan Shahrulezad..

“Mmg tak ada hati perut..”- Tergamak Sebar Nad Zainal Sudah Pergi, Ini Permintaan Shahrulezad..

PENGARAH Shahrulezad Mohammedin menyelar tindakan segelintir blog ekoran memuat naik kandungan berbaur fitnah berhubung keadaan pelakon Nad Zainal. Shahrulezad berkata, disebabkan berita palsu berkenaan, dia menerima banyak pertanyaan daripada kenalan rapat dan peminat aktres berkenaan yang mahukan kepastian.

“Semalam abang dapat banyak WhatsApp daripada orang sekeliling bertanya ‘betul ke Cik Ijat? Betul ke Nanad (panggilan Nad Zainal) dah ****.“Korang pemilik page ini memang sejenis tak ada hati perut ke? Memang spesis manusia yang suka menangguk di air keruh atas musibah orang lain?,” katanya.

Shahrulezad berkongsi perkara itu menerusi hantaran dimuat naik di akaun Instagram miliknya pada Sabtu. Menerusi hantaran sama, pengarah drama itu turut memuat naik hantaran sebuah blog yang menggabungkan gambar Nad dan pelakon Ungku Ismail dengan kapsyen, ‘salam takziah buat Nad Zainal. Ini berita yang baru diterima’.

Dalam pada itu, Shahruleza turut berasa berang apabila terdapat beberapa blog lain turut melakukan perkara serupa seolah berlumba-lumba melaporkan perkara tidak benar dengan kepentingan diri sendiri. Disebabkan perkara itu, ramai tak senang duduk kerana menyangka apa diperkatakan benar.

Sebaliknya meminta merujuk sebarang informasi terkini menerusi Instastory Ungku Ismail. “Jadi bagi sesiapa yang WhatsApp tanya soalan pelik hanya disebabkan trigged, terpedaya dengan kapsyen bodoh macam ini, abang minta maaf banyak-banyak.

“Abang cuma mampu blue tick sahaja sebab abang tak larat nak jawab soalan-soalan merepek yang berpunca daripada rasa triggered korang bila baca kapsyen bodoh itu,” katanya.Tambah Shahrulezad, sekiranya tiada sebarang informasi terbaharu mengenai Nad, itu bererti pelakon tersebut dalam keadaan baik.

Terdahulu, Ungku Ismail pada Jumaat memaklumkan Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 32, kembali direhatkan ekoran paru-parunya masih belum kuat. Dia kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*